Ceramah Keselamatan Jalanraya Oleh JPJ

Ceramah Keselamatan Jalanraya bertajuk Pemanduan Berhemah dilangsungkan di Dewan Tun Ahmad Shah, Kolej Vokasional Tawau

Ceramah Keselamatan Jalanraya ini adalah anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling pada 02 Julai 2014. Ceramah bertajuk PEMANDUAN BERHEMAH ini telah disampaikan oleh Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Tawau, Encik Juman Bin Tarapuli.

Antara yang menarik dalam ceramah ini ialah punca kemalangan, had laju, penggunaan tali pinggang keledar dan penggunaan topi keledar.

Encik Juman Bin Tarapuli

Kepada para pelajar pula diingatkan bahawa mereka yang memandu motorsikal tanpa lesen boleh dikenakan saman RM300.00 dan motorsikal akan turut disita.

Terima kasih... Semoga berjumpa lagii...

Ceramah berakhir lebih kurang jam 3.30 petang. Penyampaian cenderakenangan disampaikan sendiri oleh Pengarah, Encik Johan Bin Haji Okasa.