Pemeriksaan Gigi Untuk Tahun 1 & Tahun 2 Anjuran Hospital Tawau

BUKA LUAS | Antara pelajar yang mendapat perkhidmatan pemeriksaan gigi percuma dari Hospital Tawau..
Pemeriksaan gigi untuk Pelajar Tahun 1 dan Tahun 2 Anjuran Hospital Tawau dengan kerjasama Unit Kesihatan Kolej Vokasional Tawau ini telah berlangsung dari 29 September sehingga 17 Oktober 2014. Pelajar Tahun 1 dan Tahun 2 akan diperiksa secara bergilir mengikut kursus masing-masing. Ceramah pergigian juga akan diadakan pada 13 Oktober selepas Majlis Perhimpunan Mingguan Kolej.

SABAR | Bersedia untuk diperiksa setelah lama menunggu giliran...
Bangunan PIBG menjadi pusat pemeriksaan pergigian sepanjang program ini berlangsung...
Terima kasih kepada Hospital Tawau untuk program ini.