Kolej Vokasional Tawau Naib Juara Pertandingan Asrama Gemilang 2014

TPSA, Encik Ahmad Fakhrurazi Hamzah mewakili Kontinjen Kolej Vokasional Tawau menerima hadiah Naib Juara...
Segala penat lelah mempersiapkan asrama Kolej Vokasional Tawau untuk Pertandingan Asrama Gemilang sempena Karnival Asrama Teknik (KAVoT) Peringkat Kebangsaan Kali Ke IV, 2014 terbayar apabila dianugerahkan gelaran Naib Juara. Karnival yang berlangsung dari 15 - 18 Oktober ini turut mempertandingkan acara PETANQUE - LELAKI & PEREMPUAN, FUTSAL - LELAKI, BOLA BALING – PEREMPUAN, CATUR - LELAKI & PEREMPUAN, NASYID – LELAKI ATAU PEREMPUAN, DIKIR BARAT – LELAKI ATAU PEREMPUAN, TILAWAH AL QURAN – LELAKI & PEREMPUAN dan LAGU ASLI - LELAKI & PEREMPUAN.

GEMBIRA | Gambar kenangan para peserta Dikir Barat yang mewakili Zon Sabah bersama TPSA dan guru pengiring...
Persediaan yang telah memakan masa lebih kurang sebulan ini termasuklah mengemaskini fail, inventori, mengecat, labeling dan 5S. Kerjasama dan semangat yang ditunjukkan antara guru, staff dan pelajar sepanjang proses persediaan ini sememangnya patut diberikan pujian dan seterusnya habuan yang setimpal dengan kemenangan RM10,000 yang turut dibawa balik sebagai hadiah Naib Juara.

Plak Naib Johan Anugerah Asrama Gemilang 2014
Tahniah kepada semua yang telah bertungkus lumus untuk merealisasikan kemenangan ini. Tahniah juga kepada Kolej Vokasional Keningau yang berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan yang sama.