Terima Kasih Encik Azry @ Kadir Maiyudeh

Gambar kenangan 2014, Encik Azry di kawasan Flat Rindu 1, Kolej Vokasional Tawau | Foto oleh Carlos George
Encik Azry @ Kadir Maiyudeh yang mesra dengan panggilan Kadir, telah berjaya dalam permohonan untuk pindah ke kawasan Pantai Barat Negeri Sabah. Permohonan untuk berpindah ini mula diajukan sejak 2012, selepas berkahwin pada tahun 2011.

Dikurniakan puteri sulung, Fatihrah pada tahun 2013, keinginan untuk pindah bertambah walaupun Kolej Vokasional Tawau sudah tersemat di dalam hati. Namun, tanggungjawab sebagai bapa dan suami harus diutamakan.

Kadir yang memegang jawatan Penolong Jurutera dengan gred JA29 akan mula bertugas di Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah di Bukit Padang, Kota Kinabalu berkuatkuasa 10 April 2015.

Beliau berkhidmat di Kolej Vokasional Tawau lebih kurang 11 tahun 3 bulan sejak 29 Januari 2004.

Terima kasih diucapkan atas segala bantuan dan sumbangan tenaga yang diberikan selama berada di Kolej Vokasional Tawau. Semoga berjumpa lagi di lain masa...

Tengok juga:
Facebook Cikgu Sadri: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10205955274939434&set=a.4323998416613.177913.1186699510&type=1&theater
Facebook Cikgu Jumarni: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=980644568614263&set=a.469984036346988.109931.100000061870599&type=1&theater