VOKTEK 2015: KV Tawau Kekal Tempat Ke-3 Keseluruhan

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching merakam gambar kenangan bersama pasukan KV Kudat yang dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Karnival VOKTEK Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Turut sama Timbalan Pengarah Pengoperasian Sekolah BPTV, Puan Hajah Karteni Haji Osman | Foto dari Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Karnival VOKTEK Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menutup tirai pada 11 April 2015 dengan Kolej Vokasional (KV) Kudat mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi juara keseluruhan karnival ini buat kali pertama.

Kontinjen KV Tawau kekal pada tempat ke-tiga apabila hanya berjaya mengumpul 26 mata sama seperti KV Keningau yang berada ditempat kedua, kurang satu mata daripada juara. KV Tawau dan KV Keningau dipisahkan oleh perbezaan pingat emas.

Berbekalkan persediaan rapi untuk karnival ini, pasukan KV Tawau berjaya melangkahkan kaki ke pusingan akhir dalam empat daripada tujuh kategori sukan yang dipertandingkan iaitu kategori Bola Tampar Lelaki, Ragbi, Bola Jaring dan Sepak Takraw.

Berikut ialah pencapaian KV Tawau dalam Karnival VOKTEK 2015:


Sepak Takraw - Juara
Bola Tampar Lelaki - Naib Juara
Ragbi - Naib Juara
Bola Jaring - Naib Juara
Bola Tampar Perempuan - Tempat ke-3
Bola Sepak - Peringkat Kumpulan
Sofbol - Peringkat Kumpulan


Pasukan Sepak Takraw KV Tawau A (jersi oren) yang berjaya menjadi juara dalam karnival VOKTEK kali ini. Gambar semasa perlawanan  | Foto oleh Facebook Kolej Vokasional Labuan (Official)

Tahniah kepada semua pasukan yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi terutamanya Pasukan Sepak Takraw yang berjaya menjadi juara setelah kurang bernasib baik dalam karnival yang sama pada tahun lepas. Kedua-dua pasukan Sepak Takraw dan Ragbi akan mewakili Zon Sabah dan W/P Labuan ke Karnival VOKTEK Peringkat Kebangsaan yang bakal berlangsung pada hujung bulan Mei oleh penganjur bersama KV Sungai Petani, Kedah dan KV Arau, Perlis.


Turut disampaikan semasa Majlis Penutupan Karnival VOKTEK ini ialah Watikah Pelantikan KV Tawau sebagai tuan rumah pada tahun 2016 yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap kepada Pengarah Kolej Vokasional Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy | Foto dari Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)


MAJLIS PENUTUPAN KARNIVAL VOKTEK ZON SABAH & LABUAN 2015



Baca juga:
KV Kudat Muncul Juara Dalam Karnival Sukan Voktek Ketiga 2015 (BERNAMA)
Pembangunan Kemahiran Perlu Dimasukkan Dalam Program Akademik - Mary Yap (BERNAMA)
Pencapaian VOKTEK 2014: Pasukan Bola Tampar Lelaki Juara Sulung VOKTEK!!! (Blog KV Tawau)