Taklimat Pembinaan Item Untuk Program Diploma

Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Encik Azman semasa menyampaikan Taklimat Pembinaan Item | Foto oleh Carlos George

Taklimat Pembinaan Item untuk Program Diploma telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Encik Azman Mansur dalam sesi taklimat yang berlangsung di Bilik BMG1, pada 26 Jun lepas.

Menurut Encik Azman, semua guru/pensyarah dalam setiap program/kursus dalam kolej vokasional di seluruh Malaysia diwajibkan untuk bekerjasama menyediakan item bagi Bank Soalan untuk tujuan penyediaan Item Penilaian Akhir.

Antara maklumat yang disampaikan ialah Carta Alir Pembinaan Item, Proses Kerja Pembinaan Item, Skop Tugas Ketua Panel Pengubal Soalan (KPPS) dan Skop Tugas Penolong KPPS.

Menyentuh tentang punca pembinaan item untuk Bank Soalan, antaranya ialah terdapat beberapa individu yang telah menyuarakan ketidakpuashatian mereka terhadap item Penilaian Akhir kerana hanya beberapa buah kolej vokasional yang tertentu sahaja yang terlibat.

Penyediaan item juga akan melibatkan pemantauan daripada pihak Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) dari masa ke semasa.

Tarikh akhir penyerahan item ditetapkan pada 29 Julai 2015 bagi proses penyemakan oleh KJPP Zon.

Turut dimaklumkan semasa taklimat ini berlangsung ialah:

  • Para guru/pensyarah perlu kemaskini e-operasi seboleh-bolehnya sebelum Cuti Hari Raya Aidilfitri
  • Bayaran Pembetulan Markah Pelajar: RM50.00
  • Bayaran Pembetulan Maklumat Calon: RM30.00