Pupuk Kerjasama Dua Kolej Melalui TVET

Pengarah Kolej Vokasional Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy (tiga dari kanan) dengan Pengarah Kolej Komuniti Tawau, Encik Mohammad Rashid Saad (tiga dari kiri) bersama barisan pentadbir. Turut sama Ketua Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Tawau, Puan Rozita Binti Haji Mohd Jamil (dua dari kiri) | Foto ikhsan Azman Mansur  

Kerjasama antara Kolej Komuniti Tawau dan Kolej Vokasional Tawau diteruskan melalui TVET (Technical and Vocational Education and Training). Kali ini, kerjasama dijalin melalui Jabatan Teknologi Komunikasi dan Maklumat, Kolej Vokasional Tawau dan Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat (JPSH), Kolej Komuniti Tawau dalam bentuk perkongsian kemudahan pembelajaran secara timbal balik. Sebagai makluman, Kolej Komuniti Tawau menawarkan Sijil Komputer dan Sokongan.

Satu perjumpaan antara Pengarah Kolej Komuniti Tawau, Encik Mohammad Rashid Bin Saad dengan Pengarah Kolej Vokasional Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy telah berlangsung di Bilik Tetamu, KV Tawau pada 1 September 2015 lepas.

Laman web rasmi Kolej Komuniti Tawau boleh dilayari di: http://www1.kktaw.edu.my/