Kursus Asuhan PERMATA di KV Tawau

Gambar kenangan peserta bersama Puan Rozbizah Abd Aziz dalam Kursus Asuhan PERMATA di Restoran Perdana, Kolej Vokasional Tawau | Foto ikhsan Shim Khi Ling

Program Pengajian Awal Kanak-Kanak (HAK) telah menjemput pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia untuk menjalankan Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA di Kolej Vokasional Tawau dari 16 hingga 21 November 2015.

Hadir dalam majlis perasmian kursus ini ialah Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan dari Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Puan Rozbizah Abd Aziz.

Encik Rangiah (dua dari kanan), Pengarah Kolej Vokasional Tawau menyampaikan cenderahati kenangan kepada Puan Rozbizah (dua dari kiri) sambil diperhatikan oleh Ketua Unit HAK, Puan Shim Kui Ling | Foto ikhsan Shim Kui Ling,

Menurut maklumat daripada http://www.jkm.gov.my, berkuatkuasa 1 Januari 2013, Kursus Asuhan PERMATA merupakan kursus yang diwajibkan ke atas pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh bagi menggantikan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1990.

Menurut Peraturan 54, Peraturan-Peraturan TASKA 2012, semua pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh wajib hadir dan lulus Kursus Asuhan PERMATA dalam tempoh dua belas bulan bekerja.

Latihan berkaitan asuhan dan didikan awal kanak-kanak amat penting untuk menentukan kualiti pengasuhan dan penjagaan kanak-kanak di TASKA dipatuhi.  Usaha ini bertujuan untuk memenuhi keperluan perkembangan menyeluruh, keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta menangani berlakunya insiden kemalangan dan kematian kanak-kanak seperti yang kerap dilaporkan di media massa.