Majlis Apresiasi Pelajar KV Tawau 2015

YDP PIBG, Encik Abdul Samat Akui (tengah) menyampaikan Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan kepada Mohd Shahniezam Sabransah (kanan) yang dinobatkan sebagai Pelajar  Terbaik Keseluruhan Bagi Kohort 2014 sambil diiringi oleh Pengarah, Encik Rangiah A/L Muthusamy (kiri) | Foto oleh Carlos George

Majlis Apresiasi Pelajar Kolej Vokasional Tawau 2015 telah berlangsung di Dewan Tun Ahmad Shah pada 14 November 2015. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Di-Pertua (YDP) PIBG, Encik Abdul Samat Bin Akui.

Hari yang merupakan hari bersejarah bagi Kolej Vokasional Tawau yang memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar yang mencapai prestasi cemerlang dalam aspek akademik, kokurikulum dan insaniah.


Gandingan pengacara majlis
Selepas nyanyian lagu dan bacaan doa, Pengarah Kolej Vokasional Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy memberikan ucapan alu-aluan. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang menerima anugerah dan menyeru agar mereka menjadi mata dan telinga kepada pihak kolej untuk membantu mengubah minda rakan-rakan lain untuk sama-sama maju kehadapan.

Beliau juga berharap para pelajar mempersiapkan diri dari segi emosi kerana, sebagai pelajar kolej vokasional, mereka mengalami perubahan yang besar berbanding sekolah akademik biasa. 

"Pelajar Kolej Vokasional merupakan kumpulan pelajar yang mengalami banyak perubahan dari aspek pengajaran dan pembelajaran, insaniah, penilaian dan pentaksiran berbanding sekolah akademik biasa berdasarkan kepada Transformasi Pendidikan Vokasional. Semua perubahan ini melibatkan minds-on, hands-on dan kesediaan emosi yang bertujuan untuk mengeluarkan tenaga mahir ke arah memenuhi keperluan industri."

Beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM35,000 dari sumber kewangan sewaan untuk memantapkan Pusat Sumber KV Tawau pada tahun 2016. Peruntukan ini merangkumi pembelian buku-buku vokasional dan enam unit komputer.


Ucapan perasmian daripada YDP PIBG, Encik Abdul Samat Akui | Foto oleh Carlos George

YDP PIBG, Encik Abdul Samat dalam ucapan perasmian mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang menerima anugerah dan pihak penganjur terutamanya, penyelaras, Cikgu Nurdin Muliuseng dan jawatakuasa pelaksana yang berjaya merealisasikan majlis ini walaupun terpaksa berhempas pulas dalam masa kurang dua minggu.

YDP PIBG, Encik Abd Samat (tengah) menerima cenderahati kenangan daripada Pengarah, Encik Rangiah (kanan) sambil diiringi oleh TPA, Encik Azman (kiri) | Foto oleh Carlos George

"Jadikan pengiktirafan yang diterima dalam majlis ini sebagai dorongan dan motivasi agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan. Kolej Vokasional Tawau adalah sebuah gedung ilmu dan guru/pensyarah disini mempunyai banyak pengalaman dan pengetahuan. Rebutlah ilmu dan peluang yang ada dari kolej ini, sebanyak mungkin sebagai persiapan sebelum menempuh industri pekerjaan nanti."

Selepas ucapan perasmian, majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Penghargaan bagi Pelajar Terbaik Program, Pelajar Terbaik Jabatan, Anugerah Kokurikulum, Anugerah Emas dan Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan.

Anugerah Olahraga dan Olaragawati tahun 2015 diberikan kepada Mohd Hapizs Bin Ahmad dan Rahayu Bt Mohd Said dari Kursus Diploma Teknologi Automotif Tahun 1, masing-masing menerima sijil, trofi dan wang tunai.

Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Doimeh Dolinting (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan bagi Pelajar Terbaik Program | Foto oleh Carlos George

Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Mansor (kiri) menyampaikan sijil penghargaan bagi Pelajar Terbaik Jabatan | Foto oleh Carlos George


Pengarah, Encik Rangiah (dua dari kiri) menyampaikan sijil bagi Anugerah Emas | Foto oleh Carlos George


Mohd Hapizs Ahmad (kanan) menerima sijil, trofi dan wang tunai selaku penerima Anugerah Olaragawan 2015 daripada Pengarah, Encik Rangiah (tengah) | Foto oleh Carlos George

Tahniah kepada penerima Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan yang menerima sijil penghargaan, plak dan wang tunai.

Senarai penerima Anugerah Terbaik Keseluruhan 

Ainun Mardiah, pelajar Diploma Tahun 1 Fesyan dan Pembuatan Pakaian menerima 10 sijil penghargaan berdasarkan prestasi cemerlang dari tahun 2014 hingga 2015 dalam majlis ini | Foto oleh Carlos George

Majlis ini tamat lebih kurang jam 11.00 pagi.