Diploma KV Bukan Laluan Mudah

Pengarah, Encik Rangiah semasa memberikan ucapan dalam Majlis Perhimpunan Mingguan semalam | Foto oleh Carlos George
Pengarah Kolej Vokasional Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy yang berucap dalam Majlis Perhimpunan Mingguan hari ini mengingatkan pelajar bahawa diploma kv bukan satu laluan mudah.

"Berjayakah atau gagalkah sistem kolej vokasional bergantung kepada produk yang dihasilkan. Pelajar perlu bertindak dengan waras dan mengaplikasikan segala pengetahuan serta kemahiran yang diperolehi untuk meningkatkan kualiti diri masing-masing. Tepuk dada tanya selera."

"Kepada mereka yang berminat untuk menyambung pengajian, kamu perlu lulus On Job Training (OJT), mendapat minimum PNGK 2.0 dan perlu ada MUET untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).", katanya lagi sebelum memaklumkan bahawa pada minggu depan, pihak kolej telah menjemput penceramah khas untuk memberikan penerangan mengenai MUET kepada para pelajar Diploma.

Beliau turut memberi peringatan kepada pelajar yang kurang serius dan tidak fokus dalam pengajian mereka.

"Bagi pelajar yang terganggu dengan nafsu dan berfikiran kurang waras, elakkan semua pengaruh ini dan fokus kepada cabaran, keperluan dan tujuan berada di kolej ini. Kamu ada tanggungjawab untuk menjaga imej diri sendiri, keluarga dan kolej."

"Kerajaan memperuntukkan wang yang banyak untuk memberi pendidikan kepada kamu di Kolej Vokasional. Jangan bazirkan duit pembayar cukai hanya kerana anda belum bersedia".


Antara pelajar yang memberikan perhatian serius tentang perkara yang diutarakan oleh pengarah | Foto oleh Carlos George

Minggu lepas, dalam majlis perhimpunan yang sama, pengarah turut mengingatkan pelajar bahawa mereka tidak sama dengan pelajar sekolah harian perdana. Antaranya ialah proses kemasukan ditapis dengan proses temuduga dan juga masa persekolahan yang panjang iaitu 7.00 pagi hingga 4.00 petang. 

"Pelajar perlu ada SELF-awarness dan semangat "LOVE Vocational" supaya dapat meningkatkan jati diri, cara berfikir dan menyesuaikan cara penampilan sebelum keluar menjalani OJT nanti."