KV Tawau Terima 10 Guru Pelatih CIAST

Barisan guru pelatih perempuan. Dari kiri: Nural Bania Binti Bahari, Dayang Azmira Syakinah, Asia Binti Husen dan Nur Ezzati Binti Harni | Foto oleh Carlos George

Kolej Vokasional Tawau berbesar hati menerima 10 orang guru pelatih dari CIAST Sandakan yang akan menjalani latihan praktikal di kolej ini selama 6 bulan bermula 21 Disember 2015 yang lalu. 

Enam orang daripada pelatih ini berasal dari Tawau dan semuanya merupakan bekas pelajar di kolej ini (SM Teknik Tawau).

Barisan guru pelatih lelaki. Dari kiri: Mohd Hazziq Asyraf Bin Kahar, Mohd Azhar Bin Abdullah, Asdiman Bin Tamanlili, Abdul Rahman Ab Hamid,  Mohammad Rizwansyah Bin Bacho dan Mohd Sahrul Nizam Bin Abd. Rahim | Foto oleh Carlos George

Mereka telah diperkenalkan kepada warga kolej dalam Majlis Perhimpunan Rasmi Kolej pada 4 Januari 2016 oleh Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Mansur.

Selamat menjalani latihan praktikal dan menyumbang tenaga demi kecemerlangan Kolej Vokasional Tawau.