Pasukan Bola Tampar Lelaki Juara MSS Daerah Tawau 2016

Kedua-dua pasukan Bola Tam,par Lelaki dan Perempuan merakamkan gambar kenangan selepas Majlis Penyampaian Hadiah di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Tawau | Foto ikhsan Merlinda Japar

Pasukan Bola Tampar Kolej Vokasional Tawau menjuarai Pertandingan Bola Tampar Lelaki Kategori Bawah 18 tahun Peringkat MSS Daerah Tawau 2016 yang telah berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Tawau pada 2 hingga 3 Februari 2016.

Pertandingan kali ini adalah anjuran bersama SMK Tawau dan PPD Tawau.

Pasukan Perempuan Kategori Bawah 18 tahun merangkap Pasukan Bola Tampar Perempuan untuk Karnival VOKTEK 2016 Peringkat Zon Sabah dan W/P Labuan | Foto oleh Carlos George

Pasukan Bola Tampar Perempuan yang bermain cemerlang pada hari pertama dengan mencatatkan lima kemenangan diperingkat kumpulan, suku akhir dan separuh akhir ternyata keletihan dan kurang bermaya pada perlawanan akhir yang hanya mampu memberikan saingan pada set pertama dan tewas dengan mudah pada set kedua.

Barisan jurulatih, pengurus dan guru pengiring yang membentuk pasukan Bola Tampar Kolej Vokasional Tawau. Duduk belakang dari kiri: Cikgu Merlinda Japar, Cikgu Rahimah Ali Taupah. Duduk depan dari kiri: Cikgu Marklin Muilin, Cikgu Mohd Hatta Hasan, Cikgu Kholik Maming dan Cikgu Rabia Yalla bersorak sekuat hati semasa menyaksikan perlawanan akhir perempuan kategori bawah 18 tahun | Foto oleh Carlos George

Pasukan SMK Kinabutan yang menang dalam perlawanan akhir Kategori Perempuan Bawah 18 tahun agak terkejut dengan persembahan pasukan perempuan KV Tawau kerana menjangkakan persaingan yang sengit, tetapi mereka tetap berbangga dengan kemenangan ke atas Pasukan KV Tawau. 


Antara detik mencemaskan dalam set pertama semasa perlawanan akhir kategori perempuan bawah 18 tahun | Foto oleh Carlos George


Pasukan SMK Kinabutan berbincang strategi yang digunakan dalam perlawan akhir | Foto oleh Carlos George

Berikut ialah Keputusan perlawanan untuk Pasukan Perempuan:

Kumpulan:
KV Tawau vs SMK Kalabakan: Menang (25-19, 25-12)
KV Tawau vs SMK Tawau: Menang (15-8, 15-3)
KV Tawau vs SM St Ursula: Menang (15-1, 15-7)

Suku akhir: 
KV Tawau vs SMK Merotai: Menang (15-9, 15-8)

Separuh akhir:
KV Tawau vs SMK Kuhara: Menang (15-9, 15-12)

Akhir:
KV Tawau vs SMK Kinabutan: Kalah (23-25, 11-25)


Pasukan Lelaki yang lebih bersedia dari segi fizikal dan mental berdepan tugas sukar dalam perlawanan akhir apabila leka dan membiarkan perlawanan dibawa ke set penentuan namun tetap memberikan persembahan yang cukup baik untuk mencipta kemenangan tipis 15-13. 

Antara aksi perlawanan semasa perlawanan akhir kategori lelaki bawah 18 tahun | Foto oleh Carlos George

Keputusan perlawanan Pasukan Lelaki:

Kumpulan:
KV Tawau vs SMK Kuhara: Menang (23-25, 25-18, 15-8)
KV Tawau vs SMK Tawau 2: Menang (15-7, 15-13)
KV Tawau vs SMK Merotai: Menang (15-8, 15-12)

Suku akhir:
KV Tawau vs SMK Tawau A: Menang (15-11, 15-8)

Separuh akhir:
KV Tawau vs SMK Kalabakan: Menang (15-10, 17-15)

Akhir:
KV Tawau vs SMK Jalan Apas: Menang (25-18, 25-27, 15-13)

Antara pengadil yang bertugas semasa perlawanan akhir kategori lelaki bawah 18 tahun | Foto oleh Carlos George

Jasmil Arif (kanan) menerima hadiah daripada wakil PPD Tawau, Encik Veae Sarima (kiri) semasa majlis penyampaian hadiah yang berlangsung sejurus perlawanan akhir tamat | Foto oleh Merlinda Japar

Beberapa pemain telah dipilih untuk menyertai Pasukan MSS Daerah Tawau yang akan bertanding di Peringkat Zon Tenggara di Semporna pada 5 - 6 Februari 2016. Mereka ialah:


Lelaki:
Mohd Morsid Abdul Nasip
Mohd Shafiq Nizam Aripin
Jasmil Arif

Perempuan:
Nurzarfeerah Othman
Maizatul Nur Huda Gani

Tahniah kepada semua barisan pemain, jurulatih dan guru pengiring yang telah memberikan komitmen sepanjang latihan dan pertandingan berlangsung.