Badi Penalti, KV Tawau Akur Di Tempat Ke-2

Muhammad Iman Hidayat (Jersi hijau, dua dari kiri) menggalas tugas sebagai pemain sayap kiri setelah Ahmad Fikhrullah mengalami kecederaan dalam peringkat suku akhir | Foto oleh Carlos George

Pasukan Bolasepak Bawah 18 Tahun Kolej Vokasional Tawau gagal dalam misi membawa kejuaraan peringkat MSS Daerah Tawau 2016 apabila tewas kepada Pasukan SMK Balung dalam perlawanan akhir melalui penentuan sepakan penalti yang berkesudahan 3 - 4.

Perlawanan akhir yang berlangsung di Padang SMK Kinabutan, Tawau berkenaan bermula sejurus tamat perlawanan akhir bawah 15 tahun diantara SMK Kinabutan dan SMK Islamiah, Tawau.

Pasukan KV Tawau yang dilanda masalah kecederaan sejak persaingan dalam peringkat kumpulan, turun keperlawanan akhir dengan semangat tinggi setelah berjaya mengharungi peringkat separuh akhir yang penuh debaran, menewaskan SMK Tawau dengan kemenangan tipis 2-1, setelah ketinggalan 1-0 pada babak pertama.


Gambar kenangan kedua-dau pasukan sebelum perlawanan bermula | Foto oleh Carlos George


Sesi bersalaman menunjukkan semangat kesukanan antara pemain | Foto oleh Carlos George

Perlawanan akhir menyaksikan penguasaaan SMK Balung pada babak pertama namun Pasukan KV Tawau terus bertahan dan mengukuhkan semula strategi dalam babak ke-2 tetapi SMK Balung yang sebelum ini meraih tempat ke perlawanan akhir melalui penentuan sepakan penalti menafikan usaha pasukan KV Tawau dan bertahan sehingga tamat masa tambahan untuk mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti. 

Penjaga gol SMK Balung yang mempunyai pengalaman di peringkat negeri ternyata memberikan kelebihan kepada pasukan mereka apabila berjaya menepis dua sepakan dan seterusnya membantu pasukan SMK Balung untuk mempertahankan kejuaraan.

Trio jurulatih dan pengurus, (duduk dari kiri) Suhaibol Awang Besar, Muhammad Syahir Idris dan Lawrensa Alvianus Musa | Foto oleh Carlos George

Ketua jurulatih, Cikgu Lawrensia yang sempat ditemubual berkata, kekalahan ini mengingatkan kepada kekecewaan semasa Kejohanan VOKTEK tempoh hari yang turut kecundang dalam penentuan sepakan penalti. 

Mohd Syukri Baharun (dua dari kanan) cuba merampas bola dari penyerang SMK Balung | Foto oleh Carlos George

Walaubagaimanapun, pencapaian dalam Kejohanan MSS Daerah Tawau pada tahun ini boleh dibanggakan kerana tahun lepas, pasukan yang sama tidak berjaya melepasi peringkat suku akhir walaupun menamatkan peringkat kumpulan selaku juara (SMK Kabota Musnah Impian Skuad Bolasepak KV Tawau).

Tahniah kepada semua pemain dan barisan jurulatih kerana telah berusaha keras untuk mencapai kejayaan.


Baca juga:
http://kvtawau.blogspot.my/2014/04/sejarah-2010-berulang-pasukan-bolasepak.html