Ceramah LHDN Perkasa Pengetahuan Pelajar

Pegawai LHDN yang memberikan ceramah, Cik Jumiati Binti Siji | Foto oleh Carlos George

Pegawai LHDN, Cik Jumiati Siji telah dijemput untuk memberikan ceramah berkenaan LHDN di Dewan Tun Ahmad Shah, pada 7 April lalu, bagi memperkasakan pengetahuan pelajar berkenaan Modul 6: Pengenalan Kepada Cukai Pendapatan dan Modul 7: Tanggungjawab Pembayar Cukai dalam subjek Tanggungjawab Pekerja dan Kepenggunaan (TPP).


Para pelajar diploma tahun 2 yang menyertai sesi ceramah ini | Foto oleh Carlos George

Ini merupakan lanjutan kepada siri ceramah sebelum ini (KWSP), atas inisiatif pensyarah Tanggungjawab Pekerja dan Kepenggunaan (TPP), Cikgu Adibah Aspah.

Oleh kerana, bulan April merupakan tempoh pengisian Borang BE Tahun Taksiran 2015, guru-guru turut mengambil peluang untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai taksiran tahunan selepas beberapa penambahbaikan dilakukan selepas Belanjawan 2016 diumumkan.


Antara barisan pensyarah dan pentadbir yang menyertai sesi ceramah berkenaan. Dari kiri: Puan Chang On Ling, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA), Encik Doimeh Dolinting, Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Encik Azman Hj Mansor dan  Encik Hisyam Lee | Foto oleh Carlos George

Lima kelas terlibat dalam sesi ceramah ini, yang hadir bersama dengan guru/pensyarah masing-masing.


Mohd Khaikal (berdiri), antara pelajar yang sempat mengemukakan soalan semasa sesi ceramah berlangsung | Foto oleh Carlos George

Sesi ceramah berakhir kira-kira jam 12.00 tengahari.