Kolej Vokasional Tawau yang mula melakar sejarah dengan nama Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Tawau dianggap unik oleh masyarakat tempatan di sekitar Bandar Tawau.
Keunikan yang tersendiri ini telah menarik minat pelajar Tingkatan 6 Atas SMK Balung untuk membuat Kerja Kursus Sejarah Pendidikan 940/4 tentang Kolej Vokasional Tawau.
Silfiyana yang merupakan bekas pelajar SMV Tawau sesi 2012/13 berasa gembira kerana kumpulannya memilih Kolej Vokasional Tawau sebagai model kajian bagi projek mereka.
Untuk makluman, kerja kursus ini adalah satu daripada komponen pentaksiran untuk matapelajaran Sejarah STPM 940. Wajaran markah bagi komponen kerja kursus ini adalah sebanyak 20% dan pada akhir kerja kursus ini calon mesti membentangkan esei penyelidikan. Panjang esei tersebut adalah kira-kira 2500 hingga 3000 patah perkataan, tidak termasuk nota kaki, jadual, rajah, graf, dan bibliografi.