Dalam kejohanan kali ini, Pengurus Pasukan, Shaharudin Aziz, tidak meletakkan sasaran yang tinggi dalam 11 acara yang disertai kerana tempoh latihan yang diperuntukkan untuk kumpulan atlit ini adalah singkat. Namun, pencapaian luar jangkaan lima emas dan dua gangsa menunjukkan bahawa kumpulan atlit ini telah menggunakan masa yang ada untuk mempersiapkan diri ke tahap yang cukup baik untuk bersaing dengan atlit dari sekolah lain.
BERJUANG | Syarifah Nurul Syamira (R005) bersaing dalam acara 800m hingga ke garisan penamat | Foto oleh Carlos George |
Berikut ialah pencapaian atlit Kolej Vokasional Tawau dalam kejohanan itu:
- Syarifah Nurul Syamira - 800m (P), 1500m (P), 3000m Terbuka (P)
- Mohd Rijan Rahmat - Lompat Jauh (Gangsa - 5.84m), Lompat Kijang (P)
- Sheryl Mable Mata - Pentathlon (Gangsa - pungutan mata, 1072)
- Mohd Hafizs Ahmad - Heptathlon (Emas - pungutan mata, 2981)
- Mohd Alif Fadzil Syamsul Bahri - 5000m Terbuka (Emas - catatan masa, 19'36"), 1500m (P)
- Nurhani Yunus - 1500m (Emas - 6'48"), 3000m Terbuka (Saguhati tempat ke-4)
- Jumirah Bahari - Melempar Cakera (Emas - 22.58m), Melontar Peluru (Emas - 7.40m), Merejam Lembing (P)
Dengan pencapaian 5 emas dan 2 gangsa ini, Pasukan Kolej Vokasional Tawau berada pada kedudukan tempat ke-6 daripada 24 buah sekolah menengah yang bertanding dalam kategori yang sama.
KILAUAN EMAS | Nurhani Yunus bersama pemenang pingat perak dan gangsa dalam acara 1500m | Foto oleh Carlos George |