Browse »
Home
»
Sumbangan
»
KV Tawau Rangkul Johan Pertandingan Rekaan Logo Rasmi Kolej Vokasional KPM
KV Tawau Rangkul Johan Pertandingan Rekaan Logo Rasmi Kolej Vokasional KPM
Kolej Vokasional Tawau dinobatkan sebagai Johan dalam Pertandingan Rekaan Logo Rasmi Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) anjuran Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), KPM sempena Majlis Penutupan Karnival KVSkills yang berlangsung di Kolej Vokasional Sepang, Selangor pada 19 November 2015.
Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah, Karnival KVSkills telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Y.B. Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid. Johan menerima trofi, sijil penghargaan dan wang RM300.00.
"Penantian siapa yang akan menjadi johan pertandingan ini sejak dimaklumkan sebagai finalis pada 9 November lepas, sememangnya agak mengujakan. Syukur.. KV Tawau menang.", ulas Cikgu Carlos yang telah memanfaatkan sepenuhnya kebolehan Haidir Husain, pelajar Pra Diploma Tahun 2 dari Program Sistem Komputer dan Rangkaian, KV Tawau untuk menyiapkan logo berkenaan.
Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy bersama barisan pentadbir yang menyambut ketibaan pelajar dan guru dari karnival berkenaan mengucapkan tahniah dan berbangga dengan pencapaian berkenaan.
"Logo rasmi ini akan digunakan di 80 buah Kolej Vokasional seluruh Malaysia. Ini adalah pencapaian peringkat Kebangsaan dan kita harus berbangga kerana ini adalah hasiltangan warga Kolej Vokasional Tawau." katanya semasa sesi bergambar bersama penerima anugerah. Beliau turut berbesar hati menaja makan tengahari di Venice Coffee House, Hotel Marco Polo, Tawau untuk pelajar dan guru yang terlibat.
Labels:
BPTV
,
Inovasi
,
KPM
,
Penghargaan
,
Sumbangan