Bengkel Kecantikan MARY KAY Serlah Kemahiran Pelajar

Gambar kumpulan selepas tamat kursus | Foto ikhsan Arnayati Lanungka

Seramai lima orang pelajar Tahun 2SVM dan lima orang pelajar Tahun 2 DVM dari Kolej Vokasional Tawau telah menyertai Bengkel Kecantikan Anjuran MARY KAY pada 16 Januari 2016 yang lalu di Dewan Persekutuan Persatuan-Persatuan Cina Tawau di Ba Zhong Commercial Centre. 

Gambar semasa bengkel kecantikan berjalan | Foto ikhsan Arnayati Lanungka

Bengkel percuma yang memberi fokus kepada penggunaan barangan MARY KAY ini turut disertai oleh para pengusaha pusat kecantikan sekitar Tawau yang secara tidak langsung mempromosikan kemahiran pelajar dan dalam masa yang sama, memberi pendedahan kepada pelajar tentang peluang pekerjaan dan perniagaan setelah tamat pengajian nanti.




Tahniah kepada Program Kosmetologi Kolej Vokasional Tawau yang telah mengambil inisiatif dan peluang menyertai bengkel seumpamanya.

Perkongsian oleh Ketua Unit Kosmetologi, Cikgu Arnayati Lanungka.