Pasukan VOKTEK Jalani Ujian Kecergasan Kendalian Pusat Satelit ISN Tawau

Sesi ujian kecergasan Pasukan Bolasepak pada 15 Januari 2016 | Foto oleh Arif Rahima

Pasukan VOKTEK Kolej Vokasional (KV) Tawau yang bakal bersaing dalam Kejohanan VOKTEK Zon Sabah dan W/P Labuan sedang menjalani Ujian Kecergasan secara berperingkat dengan kerjasama Pusat Satelit Institut Sukan Negara (ISN) Tawau di Kompleks Sukan Tawau dari 14 hingga 23 Januari 2016.

Ujian Kecergasan bersama Pusat ISN Tawau ini merupakan antara usaha Cikgu Mohd Rasi Solong dalam membantu meningkatkan pembangunan dan latihan para atlit dan ahli sukan di kalangan pelajar KV Tawau disamping memberikan pendedahan dan pengalaman bersama pegawai sukan dari ISN.

Sesi ujian kecergasan Pasukan Ragbi | Foto oleh Arif Rahima

Pusat Satelit Institut Sukan Negara (ISN) Tawau yang dilancarkan dengan rasminya oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Encik Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada 22 Februari 2015 merupakan ISN ke tiga di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan. 

Selain perkhidmatan ujian kecergasan, pusat satelit ini juga menawarkan perkhidmatan lain seperti khidmat nasihat, ceramah dan kelas pemakanan, pendidikan sukan, sesi suai fizikal serta ceramah motivasi dan kaunseling.

Sesi ujian kecergasan Pasukan Bola Jaring | Foto oleh Arif Rahima

Rujukan: 
PELANCARAN PUSAT SATELIT ISN YANG KETIGA DI SABAH