Bengkel Pemantapan Profesionalisme JPP Fasa 1

Suasana dalam Bilik BMG 1 semasa sesi bengkel berlangsung | Foto oleh Carlos George

Jabatan Pentaksiran dan Penilaian (JPP), Kolej Vokasional (KV) Tawau telah menjalankan Bengkel Pemantapan Profesionalisme Fasa 1 bagi tahun 2016, semalam di Bilik BMG1, dari jam 2.15 hingga 4.00 petang melibatkan 30 orang ahli jawatankuasa JPP 2016.


Dari kanan: Cikgu Rahimah Ali Taupah, Setiausaha JPP sedang menguruskan borang aku janji ahli jawatankuasa JPP bagi tahun 2016 manakala Cikgu Kamariahnuur Napas (dua dari kanan) dan Cikgu Rabia Yalla (tiga dari kanan) sedang meneliti fail EXCEL yang sedang diubahsuai dalam bengkel ini | Foto oleh Carlos George

Bengkel lebih kurang satu jam 45 minit ini, memfokuskan kepada pemantapan penggunaan perisian Microsoft EXCEL melalui elemen SHEET PROTECTION dan CONDITIONAL FORMATTING yang turut melibatkan penggunaan formula sedia ada dan pengolahan formula matematik yang ringkas.

Penceramah ialah Puan Sariah Chole, Ketua AJK Analisis Markah, JPP yang berpengalaman mengendalikan perisian ini, lebih 10 tahun untuk tugas-tugas menganalisis markah dan keputusan peperiksaan.


Puan Sariah Chole (kiri) sedang memberikan penerangan berkenaan aplikasi sheet protection ke dalam ADOP sambil diperhatikan oleh Cik Darawati Pataruddin, Ketua Jabatan  Pentakisran dan Penilaian | Foto oleh Carlos George

Turut hadir dalam bengkel ini ialah ahli-ahli baru dilantik JPP iaitu Abdul Alif Bin Abd Marit (Penyelaras Pentaksiran KV Tahun 1), Marklin Muilin (Ketua Pengawas), Ishak Mohammad (Pengawas Bilik Pemeriksaan) dan Nusrah Yasin (Setiausaha Pensijilan). 


Dari kiri: Cikgu Sukma Anwar bersama Cikgu Nusrah Yasin, antara ahli baru yang akan sama-sama memacu kecemerlangan JPP pada tahun ini | Foto oleh Carlos George

Marklin Muilin, juga muka baru, mengisi borang penilaian kursus untuk bengkel kali ini | Foto oleh Carlos George

Bengkel Pemantapan Profesionalisme JPP Fasa 2 dijangka akan diadakan pada 15 Januari 2016 dan program pemantapan JPP KV Tawau akan diteruskan dengan Lawatan Penandaarasan ke Institut Pendidikan Guru (IPG) Tawau dan Kolej Komuniti Tawau pada 22 Januari 2016.