Lawatan Dari KV Pertanian Chenor Pahang

Majlis menerima pelawat yang dihadiri oleh barisan pentabir dan ketua-ketua jabatan Kolej Vokasional Tawau | Foto oleh Carlos George

Kolej Vokasional (KV) Pertanian Chenor, Pahang telah bertandang ke Kolej Vokasional Tawau pada jam 2.00 petang, Khamis, 7 Januari 2016.

Rombongan KV Chenor seramai lima orang yang tiba di Tawau pada jam 9.00 pagi hari yang sama, diketuai oleh Pengarah, Encik Norbashah Bin Abu Bakar. Tujuan sebenar lawatan mereka ke Zon Tenggara Sabah adalah lawatan ke KV Lahad Datu pada 8 Januari 2016.

Antara ahli rombongan pelawat (dari kiri) Encik Sauti, Encik Amri dan Encik Amat Kadir | Foto oleh Carlos George

Semasa berada di KV Tawau, satu majlis ringkas menerima pelawat telah dilangsungkan di Bilik BMG1, dimulai dengan tayangan video korporat KV Tawau dan diikuti oleh ucapan alu-aluan dari Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy.

Dalam ucapannya, Encik Rangiah turut membentangkan Hala Tuju 2016 yang secara tidak langsung memberikan gambaran kepada para pelawat bahawa KV Tawau akan terus bergerak seiring dengan Transformasi Pendidikan Vokasional dan dalam masa yang sama, meningkatkan prestasi pada tahun 2016.  

Kolej Vokasional Pertanian Chenor Pahang menawarkan 10 kursus berlatarbelakangkan pertanian iaitu Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ternakan Ruminan, Agroindustri Ternakan Poltri, Akuakultur, Mekanisasi Agro, Hortikultur Hiasan, Landskap, Pemprosesan Hasil Pertanian, Florikultur dan Bioteknologi.

Laman web Kolej Vokasional Pertanian Chenor boleh dilayari di http://kvpertanianchenor.blogspot.my.