Cikgu Nur Ilham (kanan) yang merupakan koordinator bagi Program 1SVM HBP (Bakeri dan Pastri) menyemak salinan dokumen pelajar baru sambil diperhatikan oleh ibu pelajar | Foto oleh Carlos George |
Suasana diluar Dewan Tun Ahmad Shah, Kolej Vokasional Tawau, meriah dengan kehadiran pelajar bersama keluarga masing-masing | Foto oleh Carlos George |
Beberapa kursus telahpun selesai mendaftarkan pelajar baru dan kursus 'panas', Kursus Seni Kulinari, Jabatan Hospitaliti telah menutup kaunter lebih awal sekitar jam 11.00 pagi apabila semua pelajar yang ditawarkan telah mendaftarkan diri.
Salah satu kaunter pendaftaran dan bayaran COOPMART Kolej Vokasional Tawau yang disediakan di dewan, memudahkan proses bayaran dan pengagihan bahan di premis koperasi. Dalam gambar, Cikgu Jumarni (kanan) sedang mengembalikan baki wang pelajar yang telah membuat pembayaran. | Foto oleh Carlos George |
Proses pendaftaran masih diteruskan kepada yang telah menerima tawaran sehingga akhir bulan Febuari 2016.
Proses rayuan untuk kursus lain yang belum mencapai kuota masing-masing masih dibuka sehingga akhir bulan Mac. Sila berhubung dengan Pejabat HEM untuk maklumat lanjut mengenai proses rayuan.