Lawatan Penandarasan JPP Ke Kolej Komuniti Tawau

Penyerahan cenderahati kenangan dari pihak JPP, KV Tawau yang disampaikan oleh Ketua Jabatan, Cik Darawati Pataruddin (kiri) kepada Encik Abdul Aziz (kanan), yang mewakili pihak Kolej Komuniti Tawau | Foto oleh Carlos George

Jabatan Penilaian dan Pentaksiran (JPP) Kolej Vokasional Tawau meneruskan Program Pemantapan Profesionalisme Jawatankuasa JPP dengan Program Lawatan Penandarasan ke Kolej Komuniti Tawau pada 29 Januari 2016.

Rombongan tiba di premis Kolej Komuniti Tawau, di Perdana Square, Tawau lebih kurang jam 2:30 petang. Ketibaan rombongan disambut oleh Ketua Jabatan, Encik Abdul Aziz dan dibawa ke Bilik Mesyuarat untuk sesi taklimat dan soal jawab.


Ketua Jabatan Pentaksiran dan Penilaian, Cik Darawati Pataruddin banyak mengemukakan soalan untuk melihat sejauh mana prosedur kerja di JPP KV Tawau mencapai piawai minimum yang diperlukan oleh pihak MQA seperti yang diaplikasikan di Kolej Komuniti Tawau| Foto oleh Carlos George

Encik Samsudin Shariff (kanan), salah seorang pensyarah Kursus Automotif sangat aktif dalam memberikan respon kepada soalan-soalan yang diajukan | Foto oleh Carlos George

Sesi taklimat menumpukan kepada Unit Peperiksaan dan Pentaksiran, Kolej Komuniti Tawau yang merangkumi prosedur pelaksanaan peperiksaan akhir, pentaksiran berterusan, penyimpanan item, pelupusan item, bank item, pengurusan markah, pengurusan pensijilan dan lain-lain lagi yang berkaitan.

Setelah sesi taklimat dan soal jawab berakhir, rombongan dibawa untuk melawat Bilik Unit Penilaian dan Peperiksaan untuk melihat sendiri, perkara yang berkaitan dengan peperiksaan dan pentaksiran yang dijalankan di Kolej Komuniti Tawau.


Bilik Unit Penilaian dan Peperiksaan dilengkapi dengan sistem keselamatan | Foto oleh Carlos George 

Lawatan ke Bilik Unit Penilaian dan Peperiksaan diiringi oleh Ketua Unit, Puan Sutriani Binti Tanga (kanan) | Foto oleh Carlos George

Pihak Kolej Komuniti menggunakan sistem online untuk tujuan pengintegrasian data dan markah pelajar untuk kemudahan akses dan pengkemaskinian dimana-mana sahaja | Foto oleh Carlos George

Contoh template sijil yang dikeluarkan oleh pihak Kolej Komuniti kepada pelajar yang telah menamatkan pengajian | Foto oleh Carlos George

Sesi lawatan berakhir lebih kurang jam 4:30 petang.