Kereta Perisai GEMPITA Ceriakan Masa Rehat Pelajar

Kereta Perisai Gempita di hadapan Bengkel Teknologi KImpalan, Kolej Vokasional Tawau | Foto oleh Carlos George


Dua buah kereta perisai AV-8 varian IFV yang diberi nama Gempita milik Tentera Darat Malaysia tiba di perkarangan Dewan Tun Ahmad Shah, dan dihadapan Bengkel Teknologi Kimpalan pada 3 Februari lepas.

Para pelajar yang sedang menuju ke kantin untuk makan semasa waktu rehat diberi peluang untuk meninjau kenderaan berkenaan dengan kebenaran Mejar yang bertanggungjawab membawa kenderaan tersebut ke dalam kawasan kolej.

Para mekanik dan jurutera turut membuat servis kenderaan semasa berada di KV Tawau | Foto oleh Carlos George

Pelajar bersama Sarjan Zul (kanan) dalam salah sebuah Gempita dan sempat bertanya tentang keistimewaan kereta perisai ini | Foto oleh Carlos George

Menurut Sarjan Zul yang sempat ditemubual, pihak tentera darat amat berbesar hati sekiranya dijemput untuk memberikan ceramah atau menjayakan mana-mana program motivasi disamping mempromosikan kerjaya tentera. Sebelum ini, mereka telahpun mempamerkan kereta perisai berkenaan di beberapa tempat di kawasan Tawau termasuk Kalabakan dan Daerah Lahad Datu.

Pelajar turut memerhatikan secara dekat kerja-kerja penyelenggaran yang dilakukan | Foto oleh Carlos George

Menurut http://konflikdanmiliter.blogspot.my/, kenderaan AV-8 ini adalah hasil kerjasama dengan syarikat FNSS, Turkey dan Deftech, dimana Deftech diberikan kebenaran memasang dan juga memasarkannya dalam rantau Asean. Pada asalnya, kenderaan ini dikenali sebagai PARS (Harimau Bintang Anatolia) oleh FNSS tetapi dinamakan GEMPITA pada majlis penyerahan 12 unit batch pertama varian IFV kepada Tentera Darat Malaysia pada 6 Disember 2014 di fasiliti Deftech, Pekan, Pahang. 

Kenderaan AV-8 ini mampu menangkis peluru perobek armor (AP rounds) 7.62mm dan 14.5mm dan mempunyai kemampuan setanding dengan kereta perisai Stryker yang digunakan oleh Tentera Amerika.


Baca lagi:
https://en.wikipedia.org/wiki/DefTech_AV8
http://konflikdanmiliter.blogspot.my/2014/12/gempita-malaysian-army-newest-ifv.html
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tentera-darat-terima-aset-terbaharu-1.33495
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/gempita-diharap-tingkat-keupayaan-tentera-darat-lindungi-negara-najib-49847