Antara pelajar 1DVM Teknologi Pembinaan yang berada di tapak pembinaan Mini Astaka ditepi Padang Serbaguna Kolej Vokasional Tawau | Foto oleh Carlos George |
Mini Astaka yang dijangka siap sebelum Kejohanan Antara Kolej Vokasional Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan ini merupakan idea asal Cikgu Mohd Rasi Solong yang bakal menyaksikan penggunaan beberapa bahan terbuang/terpakai.
Menurut para pelajar ini, mereka masih menunggu penghantaran konkrit bagi menyiapkan tapak mini astaka tersebut selain bahan untuk melengkapkan bahagian atap.
Menurut Cikgu Rasi, projek tersebut memerlukan kos sekitar RM3000 untuk disiapkan dan ianya masih dalam proses perbincangan.