Pengarah Sasarkan Sembilan Perkara Dalam Hala Tuju 2016

Pengarah, Encik Rangiah A/L Muthusamy (tengah) semasa mempengerusikan Mesyuarat Guru Kali Pertama 2016 | Foto oleh Carlos George

Pengarah Kolej Vokasional Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy mensasarkan sembilan perkara dalam Hala Tuju 2016 yang telah dibentangkan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Mansur dalam Mesyuarat Guru Kali Pertama 2016 telah berlangsung pada 2 Januari 2016, di Bilik BMG 1.

Sembilan perkara berkenaan ialah:



Dalam ucapan sebagai pengerusi mesyuarat, beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru/pensyarah yang baru mendirikan rumahtangga dan juga kepada Cikgu Ahmad Hussein dan Cikgu Nurelmi yang telah berpindah.

"Untuk tahun yang baru, kita perlukan resolusi yang baru dan apabila umur bertambah, kematangan dan tanggungjawab turut bertambah. Tahun ini akan menjadi tahun yang sukar dari segi persekitaran kerja dan kenaikan kos sara hidup tetapi kita perlu bersedia untuk menghadapi perubahan dengan menggunakan akal dan fikiran yang dikurniakan oleh Tuhan. Kita perlukan iltizam dan fikiran kompetetif untuk menghadapi cabaran secara fizikal dan mental."

"Tahun lepas, 2015, semua pensyarah telah menyediakan repot kad yang baik dan cemerlang tetapi kita perlu berganjak dari suatu situasi ke situasi yang lebih baik di tahun 2016. Sebagai pengarah dan pengetua cemerlang, saya ada imej yang perlu dijaga. Menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan KV Tawau lebih cemerlang pada tahun ini."

"Oleh itu, kita harus faham akan konsep tanggungjawab dan ketanggungjawaban. Ambil cabaran yang datang dan jadikan cabaran tersebut menyeronokkan. Sekiranya kita anggap cabaran tersebut menjadi beban, kita tidak akan seronok bekerja dan akan menyumbang kepada kes disiplin."


Ketua Jaminan Kualiti, Encik Yahaya Ismail (berdiri) semasa membentangkan sinopsis beliau dalam Mesyuarat Guru Kali Pertama 2016 | Foto oleh Carlos George

Ketua Jaminan Kualiti, Encik Yahaya Ismail yang turut membentangkan Perancangan Unit Jaminan Kualiti menggariskan lapan sinopsis bagi tahun 2016 iaitu:

  • Keperluan mendesak - Permohonan MQA-01
  • Mantapkan sistem penyampaian maklumat
  • Mantapkan unit UP dan Unit Khas
  • Tingkatkan kualiti Pelajar DVM sebelum OJT
  • Laksanakan EKSA
  • Mantapkan Sistem Borang MS ISO
  • Menggunakan nombor rujukan fail rasmi
  • Pengurusan aset kerajaan