26 Orang Pensyarah KV Tawau Di Suntik

Susulan kepada taklimat Human Papillomavirus (HPV) sebelum ini, Puan Murni Bt Mokthar dari Persatuan Perancang Keluarga Sabah Cawangan Tawau sekali lagi bertandang ke Bilik Mesyuarat BMG 1 pada hari ini untuk memberikan suntikan vaksin HPV kepada para pensyarah yang telah mendaftarkan nama.

Kecil saja bah ini jarum...
Macam sakit saja tu... Ya ka??

Seramai 26 orang daripada 42 orang yang mendaftarkan diri, hadir dan menerima suntikan. Proses memberi suntikan yang bermula dari jam 12.30 petang ini berakhir pada jam 2.00 petang dan baki 16 orang yang tidak dapat menghadirkan diri akan diberikan suntikan pada 31 Mac 2014.

Cikgu Shim Kui Ling, Cikgu Lim Siew Khing dan Cikgu Sadri Saleho mengabadikan kenangan bersama Puan Murni Mokthar

Menurut Puan Murni, vaksin ini memerlukan 3 kali suntikan dalam tempoh 6 bulan dan suntikan ke-2 akan diberikan selepas dua bulan daripada tarikh hari ini, manakala suntikan ke-3 adalah 3 bulan selepas suntikan ke-2.

Bayar dulu baru boleh suntik...

Tahniah kepada semua pensyarah yang telah menerima suntikan dan tahniah juga kerana telah memilih untuk mencegah kanser rahim melalui vaksin ini... 

Bacaan lain mengenai HPV:
PENCEGAHAN KANSER SERVIKS DENGAN VAKSINASI HPV: http://www.rsonkologi.com/registrasi/profil-layanan/cegah-kanker-hpv/