Juara Bertahan Tersingkir Di Separuh Akhir

Suasana perlawanan menentang Pasukan MRSM Tawau...

Pasukan Bola Tampar Lelaki Bawah 18 tahun Kolej Vokasional Tawau turun beraksi dalam Pertandingan Bola Tampar Peringkat MSS Daerah Tawau Bawah 18 Tahun 2014 selaku Juara Bertahan MSS Daerah Tawau 2013. Setelah melepasi peringkat kumpulan dengan menewaskan Pasukan SMK Titingan, Pasukan KV Tawau mara ke separuh akhir apabila menewaskan Pasukan MRSM di peringkat suku akhir. Pasukan yang menunggu di separuh akhir adalah Pasukan SMK Umas-umas. Bermain sehingga set penentuan, pasukan KV Tawau terpaksa akur apabila tewas 2 mata, dan memberikan laluan kepada SMK Umas-umas untuk beraksi dalam perlawanan akhir bertemu SekolahTinggi Cina Sabah (Sabah Chinese High School).

Nah ambil ni....

Mata bertambah lagi bagi Pasukan KV Tawau...

Bergambar dengan Ketua Jurulatih, Cikgu Abdul Kholik Maming selepas menang dengan pasukan MRSM Tawau, 2-0

Walau bagaimanapun, luka bertemu Pasukan SMK Umas-umas masih terubat apabila Pasukan Bola Tampar Lelaki KV Tawau berjaya merangkul tempat ke-3 apabila menewaskan Pasukan SMK Kalabakan dalam penentuan kedudukan 3 dan 4.

Pertandingan yang diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Tawau selama 3 hari bermula 18 hingga 20 Mac 2014 ini turut menyaksikan Pasukan Bola Tampar Perempuan melakar peningkatan apabila layak beraksi di peringkat separuh akhir. Namun, nasib tidak menyebelahi pasukan ini untuk ke perlawanan akhir. Dalam perlawanan penentuan kedudukan 3 dan 4, Pasukan Bola Tampar Perempuan menduduki tempat ke-4 keseluruhan apabila tewas pada Pasukan SMK Kalabakan.

Pasukan Bola Tampar Perempuan Kolej Vokasional Tawau Bawah 18 Tahun
 

Macam sama pula warna jersi Kolej Vokasional Tawau dengan MRSM ni....
Nah.. Tutup botol tu...
Bersalaman selepas perlawanan.. Tanda semangat kesukanan....

Mengulas keputusan ini semalam, Pengarah Kolej Vokasional Tawau menyatakan kesyukuran kepada keputusan ini walaupun tidak menyebelahi pasukan kita. Beliau turut menyatakan bahawa keputusan ini cukup untuk memberikan amaran kepada pasukan lain yang akan bertanding dalam Pertandingan Bola Tampar pada Kejohanan VOKTEK yang akan berlangsung di Kolej Vokasional Keningau nanti.