Kejohanan Padang Dan Balapan Peringkat MSS Daerah Tawau Kali ke-47, 2014

Gambar Kenangan | Pasukan Olahraga Padang dan Balapan Kolej Vokasional Tawau bersama pengurus, Cikgu Saharuddin dan ketua jurulatih, Cikgu Marklin Muilin

Pasukan Olahraga Padang dan Balapan Kolej Vokasional Tawau berjaya mengutip 1 Emas, 1 Perak dan 4 Gangsa dalam Kejohanan Padang dan Balapan Peringkat MSS Daerah Tawau Kali ke-47, 2014.

Kejohanan ini telah berlangsung selama 5 hari bermula dari 04 Mac hingga 08 Mac 2014.

Memberikan saingan setakat yang termampu....
Atlit berbakat Kolej Vokasional Tawau

Tahniah kepada pengurus, ketua jurulatih, jurulatih dan pelajar yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam pertandingan kali ini.

Penyampaian hadiah dan sijil kepada atlit-atlit yang berjaya mendapat tempat dalam kejohanan ini telah dilakukan dalam Majlis Perhimpunan Mingguan Kolej Vokasional Tawau oleh TPA, Encik Azman Bin Mansur

Pencapaian Pasukan Olahraga sebelum ini:

2010 - 2011 - 2012 - 2013


Tahniah juga diucapkan kepada Kadet Pertahanan Awam Kolej Vokasional Tawau yang menghantar pasukan pembawa bendera kejohanan dalam Majlis Penutupan Kejohanan Padang dan Balapan Peringkat MSS Daerah Tawau Kali ke-47, 2014

Awang Azlie Bin Awang Aziz mengetuai barisan Kadet Pertahanan Awam Kolej Vokasional Tawau untuk Majlis Penyerahan Bendera Kejohanan kali ini | Penerima bendera kejohanan ialah Encik Darmanshah, Pegawai Pendidikan Daerah Tawau
Para pembawa bendera Kejohanan Padang dan Balapan Peringkat MSS Daerah Tawau Kali ke-47, 2014