Perlawanan Persahabatan Bolasepak KV Tawau Melawan SM Islamiah Tawau

Pemain pertahanan Pasukan KV Tawau, Mohd Afif cuba menyekat pergerakan Kapten Pasukan SMIT

Perlawanan persahabatan kali ke-2 menentang pasukan yang sama 5 minggu lepas, ternyata belum memihak kepada Pasukan Bolasepak KV Tawau apabila tewas kepada Pasukan SM Islamiah Tawau. Kelebihan bermain ditempat sendiri tidak digunakan sepenuhnya apabila bolos 4 gol, satu gol di separuh masa pertama dan bakinya diseparuh masa kedua. Walaubagaimanapun, Pasukan KV Tawau berjaya menjaringkan 2 gol saguhati untuk keputusan perlawanan kekal pada kedudukan 2-4 sehingga tamat masa perlawanan. Kedua-dua gol saguhati yang diperolehi dalam perlawanan ini dijaringkan oleh Muhammad Khairul Kamarrudin.

Aikk... Mana mau lari hah...

Perlawanan pada babak pertama menyaksikan penguasaan pasukan lawan di bahagian tengah yang memaksa pasukan KV Tawau untuk lebih banyak bermain dibahagian sayap. Ternyata, pasukan SM Islamiah Tawau lebih bersedia dan berjaya menggagalkan usaha pasukan tuan rumah dan berjaya menjaringkan gol pertama akibat kesilapan pemain pertahanan yang masih belum mencapai tahap kesefahaman yang memuaskan.


Kapten Pasukan KV Tawau, Muhammad Khairul Kamarrudin (Hijau No. 1) bermain di posisi pertahanan pada separuh masa pertama..

Keputusan perlawanan persahabatan pertama ialah 3-3.

Berdasarkan kepada prestasi pemain dan keputusan perlawanan ini, Ketua Jurulatih, Cikgu Lawrensia Allvianus telah memutuskan untuk menyenaraikan 18 pemain daripada 25 orang pemain yang telah disenaraikan untuk proses pemilihan sebelum ini. Pemain yang terpilih bakal beraksi untuk Pasukan Kolej Vokasional Tawau dalam pertandingan Bolasepak Bawah 18 tahun yang bakal bermula pada 08 April 2014.

Apapun, tahniah kepada semua pelajar yang terpilih dan semoga usaha yang dicurahkan dalam beberapa minggu mendatang ini akan memberikan keputusan berbeza sekiranya pasukan Kolej Vokasional Tawau di undi dalam kumpulan yang sama dengan pasukan SM Islamiah Tawau dalam pertandingan itu kelak... 

INFO PEMAIN 
Kapten Pasukan KV Tawau iaitu Muhammad Khairul Kamarrudin telah beraksi sebagai pemain tengah untuk Kejohanan Piala Mamee 1 Malaysia yang dianjurkan oleh Yayasan Rakyat 1Malaysia dengan kerjasama Mamee-Double Decker (M) Sdn Bhd dan Manchester United baru-baru ini. Pasukan yang diwakili iaitu Pasukan Daerah Tawau berjaya mendapat tempat ke-3 selepas menewaskan pasukan Majlis Sukan Negeri Terengganu 1-0 dalam perlawanan penentuan Tempat Ketiga/Keempat peringkat Grand Finals.

Pasukan Daerah Tawau meraikan kemenangan selepas menewaskan pasukan Majlis Sukan Negeri Terengganu 1-0 dalam perlawanan penentuan Tempat Ketiga/Keempat peringkat Grand Finals | Foto: Facebook Piala Mamee 1 Malaysia