Kursus Asas Literasi Komputer Unit Sains dan Unit Matematik

Barisan peserta kursus sedang mempersiapkan laptop masing-masing sementara menunggu isyarat mula dari penceramah

Kursus Asas Literasi Komputer Unit Sains dan Unit Matematik telah berlangsung dengan aman dalam Bilik BMG 1 dari jam 10.00 pagi hingga lebih kurang jam 4.00 petang. Kursus yang merangkumi kemahiran asas MS OFFICE EXCEL dan penggunaan kaedah MAIL MERGE menggunakan MS OFFICE WORDS dan MS OFFICE EXCEL ini bertujuan untuk berkongsi pengetahuan tentang bagaimana menguruskan data dalam Borang Pentaksiran Berterusan yang digunakan.

Fuh!! Macam serius saja....
Terima kasih kepada Cikgu Rosley Lipen yang mengambil gambar ini semasa kursus berlangsung.. | Foto oleh Cikgu Rosley Lipen

Penceramah dalam kursus ini ialah saya sendiri, blogmaster blog kvtawau.blogspot.com. Dalam kursus ini, para peserta telah didedahkan kepada penggunaan fungsi SUM dan COUNTIF, cara mencipta formula dan cara untuk memudahkan kerja-kerja yang melibatkan kerja menaip.
 
Jom makan...

Pengetahuan yang diperolehi dalam kursus ini terus diaplikasikan dalam Borang Pentaksiran Berterusan yang telah disediakan dan respon dari para peserta agak menggalakkan. Semoga kursus ini akan mencapai objektif yang telah disasarkan...