Ceramah Kawalan Terhadap Filem Lucah / Tidak Lulus Tapis / Haram

Ceramah Kawalan Terhadap Filem Lucah / Tidak Lulus Tapis / Haram berlangsung di Dewan Tun Ahmad Shah

Sebagai pengisian untuk Program Perjumpaan Unit Beruniform pada hari ini, Unit Bimbingan & Kaunseling Kolej Vokasional Tawau telah menjemput wakil Bahagian Kawalan Filem Kementerian Dalam Negeri untuk memberikan ceramah berkenaan dengan kawalan terhadap filem lucah / tidak lulus tapis / haram.

Encik Ahmad Hilmi, wakil penceramah dari Bahagian Kawalan Filem Kementerian Dalam Negeri

Encik Ahmad Hilmi yang menjadi penceramah dalam program ini memaklumkan bahawa mereka dalam siri jelajah JERAYAWARA KASEH untuk berkempen tentang keselamatan jalanraya dan beberapa fokus lain termasuk kawalan terhadap filem lucah / tidak lulus tapis / haram. Ceramah yang mengambil masa lebih kurang dua jam ini meliputi beberapa elemen penting termasuklah definisi rakaman video melalui kamus perundangan.

Tiga rakan sekerja Encik Ahmad Hilmi yang turut sama menjayakan ceramah ini...
Antara slaid yang dipaparkan kepada para pelajar...
GEMBIRA | Ilmu pengetahuan bertambah melalui ceramah seperti ini...