Kursus Pembangunan Manual Latihan dan Portfolio Pembangunan "Vocational Training Officer"

Gambar kenangan untuk Kursus Pembangunan Manual Latihan dan Portfolio Pembangunan "Vocational Training Officer" 2014 di Kolej Vokasional Tawau

Seramai 13 orang guru telah menjalani Kursus Pembangunan Manual Latihan dan Portfolio Pembangunan "Vocational Training Officer" selama 5 hari yang bermula 07 April yang lalu. Guru-guru yang terlibat dalam kursus ini ialah:

  1. Cikgu Jalil Bin Saari
  2. Cikgu Mohd Tahir Bin Samsudin
  3. Cikgu Norchahaya Binti Abd Ghani
  4. Cikgu Nor Fazilah Binti Selamat
  5. Cikgu Yushasmaniza Binti Md Yunus
  6. Cikgu Siti Muthia Sabiha Binti Mohamad
  7. Cikgu Abdul Rahman Bin Ramlan
  8. Cikgu Nurul Diyana Binti Abdul Razak
  9. Cikgu Myra Binti Ladaming
  10. Cikgu Ahmad Zulfadhli Bin Ahmad Zuhdi
  11. Cikgu Mohamad Bin Yamalang
  12. Cikgu Norhayati Binti Mohamed
  13. Cikgu Dewi Nooraini Binti Abdul Wahab
Kursus yang berakhir pada 11 April ini telah ditutup secara rasmi oleh Pengarah Kolej Vokasional Tawau, Encik Johan Bin Haji Okasa di Bilik Mesyuarat BMG 1. Terima kasih kepada dua orang pensyarah dari Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Teknik Nilai, Negeri Sembilan yang menjalankan kursus ini iaitu Encik Mohd. Hashim Misron dan Encik Suhaimi Ahmad, yang juga merupakan pembimbing kepada guru-guru sepanjang kursus ini berlangsung.

Langsir menjadi "mangsa" untuk rujukan para guru...
Nampak sibuk pula Cikgu Tahir ni....
Memang betul-betul sibuk diaorang ni... Tengok!.. Sambil makan pun masih buat kerja...
Ni pun sama juga... Cikgu NurChahaya jangan mare.... Hehehe...

Secara amnya, kursus VTO yang dijalankan selama seminggu ini sama seperti kursus yang ditawarkan di CIAST yang melibatkan kursus selama 9 bulan merangkumi Methodology Vokasional selama 3 bulan di CIAST dan Latihan Internship selama 6 bulan di Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta. Tetapi, kursus ini khas kepada guru-guru yang telah memiliki kemahiran selama bertahun-tahun tetapi belum mendapat pengiktirafan atau pemurnian secara dokumentasi untuk mendapatkan SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL TAHAP 3 daripada JPKM.

Cikgu Abdullah Qahar menjadi pengacara majlis semasa majlis penutupan...
Encik Mohd Hashim membuat penggulungan kursus dan ucapan penghargaan...
Pengarah Kolej Vokasional Tawau, Encik Johan Hj Okasa menyampaikan cendera-kenangan kepada Encik Mohd Hashim Misron
Cendera-kenangan turut diberikan kepada Encik Suhaimi Ahmad...
LULUS!!! Tahniah kepada Cikgu Mohamad Yamalang yang telah melengkapkan kursus ini dan layak mendapat Sijil Kemahiran Malaysia Pegawai Latihan Tahap 3 | Peserta lain turut mendapat sijil masing-masing - Gambar lain diambil oleh Cikgu Mohamad Yamalang

Kepada mereka yang telah memiliki sijil VTO ini, mereka boleh memohon jawatan sebagai pengajar vokasional di pusat latihan Awam dan Swasta atau boleh membuka pusat latihan kemahiran yang ditauliahkan oleh JPK .

Kepada yang berminat untuk mendapatkan latihan VTO bolehlah melayari laman web ini: