Majlis Konvokesyen Kali Ke-14: Tahniah Kepada Semua Graduan!!

Gambar kenangan | YB Datuk Mary Yap Kain Ching bersama barisan tetamu kehormat, pihak pentadbiran dan para graduan bergambar mengikut aliran maing-masing...

Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Tawau Kali Ke-14 yang telah berlangsung kelmarin, 12/04/2014, sekali lagi menjulang nama Kolej Vokasional Tawau dalam penganjuran majlis konvokesyen peringkat sekolah menengah. Majlis ini yang mula diadakan setiap tahun sejak 2001 ini bertujuan untuk meraikan dan memberi penghargaan, peluang serta ruang kepada graduan SPM 2013 supaya dapat merasai suasana konvokesyen sebenar.







Majlis bermula seawal jam 7:00 pagi, dimana para graduan mendaftar dan mendapatkan jubah mereka. Selepas itu mereka mengambil tempat masing-masing di dalam Dewan Tun Ahmadshah. Ramai ibu bapa yang hadir dalam majlis ini untuk turut sama meraikan dan bergembira dengan anak-anak mereka.

Y.B. Datuk Mary Yap Kain Ching yang tiba pada jam 9.00 pagi, disambut di Pintu Gerbang Kolej Vokasional Tawau oleh tetamu kehormat, guru-guru dan juga pasukan Unit Beruniform Kolej Vokasional Tawau. Datuk Mary Yap kemudiannya diiring menuju ke Bilik Tetamu sebelum mengenakan persalinan Jubah Konvokesyen. Perjalanan Datuk Mary Yap ke Dewan Tun Ahmad Shah turut diiringi lambaian selamat datang oleh barisan pelajar Kolej Vokasional Tawau.









Majlis Konvokesyen yang berlangsung di Dewan Ahmad Shah dimulai dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Sabah Tanahairku. Selepas bacaan doa, ucapan wakil pelajar, ucapan alu-aluan Pengarah Kolej Vokasional Tawau, ucapan penghargaan dari Timbalan Pengarah BPTV Unit Pembangunan, Puan Hajah Zalihar Binti Abdul Ghani dan ucapan perasmian dari Datuk Mary Yap, majlis penyerahan sijil dan anugerah dimulakan.





 





 
Penyerahan sijil dan anugerah yang didahului oleh Graduan Vokasional, Graduan ERT dan Graduan SKM. Antara anugerah khas yang diberikan dalam majlis ini ialah Anugerah Al-Biruni, Anugerah Imam As-Syafi'e, Angerah Sayyidatina Aisyah, Anugerah Khas Pencapaian Cemerlang Setiap Matapelajaran, Anugerah Khas Pencapaian Cemerlang Setiap Aliran dan Anugerah Emas.




Pelajar cemerlang bersama keluarga diiringi oleh pembawa bunga manggar untuk naik ke pentas...
Tahniah...
Gambar kenangan keluarga pelajar cemerlang bersama tetamu kehormat majlis konvokesyen 2014

Selepas penyampaian anugerah dijalankan, majlis bersurai dengan tetamu jemputan menjamu selera di Restoran Perdana Kolej Vokasional Tawau bersama dengan pelajar cemerlang sesi SPM 2013.

Suasana di meja jamuan tetamu kehormat...
Senyuman gembira daripada ibubapa pelajar cemerlang...

Sekalung ucapan tahniah kepada penyelaras majlis, Encik Nurdin Bin Muliuseng serta semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Selepas makan, para tetamu kehormat kembali semula ke Dewan Tun Ahmad Shah untuk sesi bergambar bersama para graduan.



Tahniah kepada Encik Nurdin Muliuseng dan ahli jawatankuasa yang telah melangsungkan majlis ini dengan jayanya...

Terima kasih diucapkan kepada para pemain gamelan dari IPG Tawau yang telah mengiringi majlis konvokesyen ini..

Semoga pengalaman dan kenangan dalam majlis ini akan sentiasa memberikan dorongan kepada semua pelajar serta bekas pelajar untuk terus maju dalam kehidupan masing-masing. Tahniah semua.....