Majlis Konvokesyen Kali Ke-14: Terima Kasih Datuk Mary Yap Kain Ching

Gambar Datuk Mary Yap semasa Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Tawau Kali Ke-14 baru-baru ini | Foto oleh Pahaikan.com

Terima kasih diucapkan kepada Y.B. Datuk Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan I yang juga Ahli Parlimen P190 Tawau kerana telah merasmikan Majlis Konvokesyen Kali Ke-14 pada 12 April 2014, kelmarin.

Datuk Mary Yap yang merupakan bekas Pengetua Cemerlang di kolej ini (ketika itu masih dikenali dengan nama SM Teknik Tawau - Rujuk Sejarah Kolej) menyatakan rasa bersyukur dan gembira dengan kejayaan Kolej Vokasional Tawau terutamanya kepada para graduan yang diraikan dalam majlis ini. Rasa kesyukuran ini turut dipanjangkan ke dalam Laman Facebook Datuk Mary Yap dan kami, warga Kolej Vokasional Tawau berharap agar sokongan seumpama ini akan berterusan di masa hadapan...



Terima kasih... Y.B. Datuk Mary Yap Kain Ching...