|
Mesyuarat berlangsung di Pusat Sumber Kolej Vokasional Tawau... |
Mesyuarat Pelaksanaan Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Di Sekolah (OSH in School) ini telah berlangsung di Pusat Sumber Kolej Vokasional Tawau. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Hussin Abd Salam, Pengurus Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Sabah & W.P. Labuan dan turut dihadiri oleh Pengarah Kolej Vokasional Tawau, Encik Johan Haji Okasa, Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Puan Siti Aisa Bt Haji Maidin, Pegawai DOSH (Tawau), Pegawai Khas dari Parlimen Tawau dan juga beberapa orang guru KV Tawau yang telah dilantik dalam jawatankuasa ini.
|
Pengerusi mesyuarat ini, Encik Mohd Hussin Abd Salam, Pengurus Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Sabah & W.P. Labuan |
|
Encik Edward Voo (baju biru) merupakan Pegawai Khas dari Parlimen Tawau |
|
Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Puan Siti Aisa Bt Haji Maidin |
Menurut maklumat yang saya terima, Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Di Sekolah (OSH in School) ini akan dilaksanakan pada 28 Jun 2014 di Kolej Vokasional Tawau yang bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan para guru, kakitangan sekolah serta pelajar bahawa keselamatan adalah agenda utama dalam semua aspek pendidikan di sekolah.