Lawatan Penandarasan SMK Segaliud dan SMK Taman Fajar, Sandakan

Dari kiri: Pengetua SMK Taman Fajar, Puan Hajah Munah Binti Nazri dan Pengetua SMK Segaliud, Tuan Haji Noor Hamizam Bin Mohd Nordin bersama TPA, Encik Azman Bin Mansur semasa dalam Bilik Tetamu...

Kolej Vokasional Tawau dengan berbesar hati menerima Lawatan Penandarasan dari SMK Segaliud dan SMK Taman Fajar, Sandakan pada hari ini, 22/05/2014. Rombongan seramai 38 orang ini dimaklumkan telah bertandang ke SMK Kuhara, Tawau (Tuan rumah Pertandingan Pidato Guru Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah 2014 yang turut berlangsung pada hari ini) sebelum tiba di Kolej Vokasional Tawau pada lebih kurang jam 11.10 pagi. Rombongan ini juga diketuai oleh pengetua sekolah masing-masing iaitu Pengetua SMK Segaliud, Tuan Haji Noor Hamizam Bin Mohd Nordin dan Pengetua SMK Taman Fajar, Puan Hajah Munah Binti Nazri.

Segak dan bergaya dengan warna merah...
Sabar ya cikgu-cikgu... Taklimat akan bermula sebentar saja lagii...

Lawatan yang dimulakan dengan taklimat di Bilik BMG 1 ini, disusuli dengan lawatan ke Jabatan Hospitaliti selepas jamuan makan tengahari dan diakhiri dengan sesi bergambar kira-kira jam 2.00 petang.

Gambar kenangan.... Pandangan dari Tingkat 2 Blok Pentadbiran...
Rombongan SMK Taman Fajar, Sandakan
Rombongan SMK Segaliud, Sandakan

Terima kasih kepada rombongan SMK Segaliud dan SMK Taman Fajar, Sandakan. Mungkin di lain masa, kami pula yang akan bertandang ke Sandakan...