Majlis Perasmian Penutupan Hari Koperasi Sekolah 2014

Gimik perasmian penutupan sempena Sambutan Hari Koperasi Sekolah Peringkat Kolej Vokasional Tawau...

Majlis Perasmian Penutupan Hari Koperasi Sekolah Peringkat Kolej Vokasional Tawau telah berlangsung pada pagi hari ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Encik Azman Bin Hj Mansor.

Majlis yang bermula ada jam 7:30 pagi ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku, Lagu Kolej dan Lagu Koperasi. Selepas bacaan doa, tiga perutusan sempena Hari Koperasi Sekolah 2014 dibacakan oleh pelajar iaitu Perutusan Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Perutusan Menteri Pendidikan Malaysia dan Perutusan Presiden ANGKASA (perutusan ini boleh dimuat turun daripada laman ANGKASA:  http://www.angkasa.coop/).


Cikgu Yahya Ismail dan Cikgu Ishak Japar bersama Ahli Lembaga Koperasi Kolej Vokasional Tawau...

Selepas ucapan perasmian daripada TPA, Encik Azman Bin Hj Mansor, sesi Pemotongan Riben dijalankan yang difahamkan menggantikan sesi penanaman pokok yang biasanya dilakukan untuk sambutan seperti ini.


Sesi pemotongan Riben yang disempurnakan oleh TPA, Encik Azman Bin Hj Mansor...

Selepas itu, program diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan futsal (lelaki/perempuan), pertandingan bola jaring (lelaki/perempuan) dan Pertandingan Kuiz Koperasi anjuran Koperasi Kolej Vokasional Tawau yang telah berlangsung pada hari Jumaat, 20 Jun 2014 yang lalu. Anugerah Ahli Lembaga Koperasi (ALK) Terbaik turut diberikan manakala Cikgu Chang On Ling dan Muhammad Nur Haziq Bin Badrul Hisyam (KV ELK) dianugerahkan dengan Koperator Terbaik di kalangan guru dan pelajar.



Juara Pertandingan Futsal Perempuan...
Juara Pertandingan Bola Jaring Lelaki...
Senyum lebar | Antara pemenang Pertandingan Kuiz Koperasi - pelajar Kursus MPI, Abdul Malik Mohammad

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan nyanyian daripada pelajar Kursus Fesyen dan  Membuat Pakaian Tahun 2, Noratiqah Binti Haris Laksmana, penyampaian Sijil Pelantikan Ahli Lembaga Koperasi Pelajar 2014 dan Anugerah Khas Akademik.


Persembahan Nyanyian daripada Noratiqah Binti Haris Laksmana
Penyampaian Sijil Pelantikan ALK Pelajar 2014...

Majlis bersurai kira-kira jam 9.05 pagi.