Pertandingan Kemahiran (Hospitaliti) Peringkat Kebangsaan 2014

Pemenang tempat Ke-3 Kategori Bercerita, Rita Nur Raudhatul Jannah menerima sijil penghargaan dan hadiah yang disampaikan oleh Pengarah KV Tawau, Encik Johan Okasa, diiringi oleh Ketua Jabatan Hospitaliti, Puan Mariani Kisman dalam Majlis Perhimpunan Mingguan

Pertandingan Kemahiran (Hospitaliti) Peringkat Kebangsaan KPM 2014 telah berlangsung pada 21-22 Jun 2014 yang lepas. Kolej Vokasional Tawau telah menghantar 8 orang pelajar bersama 4 orang guru pengiring iaitu Cikgu Yushasmaniza, Cikgu Dewi Noraini, Cikgu Rokiah Selamat dan Cikgu Mardiah Mokthar.

Sebanyak 16 buah kolej vokasional seluruh Malaysia mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Antara kategori kemahiran yang dipertandingkan ialah:

1.  Solekan Malam dan Memvarnis Kuku (Kosmetologi)
2.  Menjahit Skirt (Fesyen & Pembuatan Pakaian)
3.  Menghias Kek Bertemakan Pemandangan (Bakeri & Konfeksionari)
4.  Ukiran Buah (Seni Kulinari)
5.  Memasak 'Kotak Hitam' (Seni Kulinari)
6.  Bercerita (Perkhidmatan Asuhan Kanak-Kanak)
7.  Menghasilkan Bahan Bantu Mengajar (Perkhidmatan Asuhan Kanak-Kanak)

Kolej Vokasional Tawau bertanding dalam semua kategori dan berjaya mendapat tempat ke-3 dalam Kategori Bercerita (Perkhidmatan Asuhan Kanak-Kanak) dan tempat ke-6 keseluruhan dalam Kategori Seni Kulinari.

Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang telah menyertai pertandingan ini. Terima kasih juga kepada PIBG yang memberikan sumbangan kepada pasukan ini.


Info Lanjut Pertandingan:
Facebook KV Sungai Petani 2: Pertandingan Kemahiran (Hospitaliti) Di KVSP2
Laman Web KVSP2: PERTANDINGAN KEMAHIRAN MALAYSIA (HOSPITALITI) PERINGKAT KEBANGSAAN KPM 2014