Program Pendidikan Pencegahan Dadah Dan Jenayah

Encik Erwandi Bin Masran menyampaikan ceramah berkenaan DADAH...

Program Pendidikan Pencegahan Dadah dan Jenayah Peringkat Kolej Vokasional Tawau berlangsung pada hari ini di Dewan Tun Ahmad Shah, dihadiri oleh semua pelajar. Program yang diisi dengan 2 slot ceramah dari Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Tawau, Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Siasatan Jenayah dari IPD Tawau.

Ceramah pertama bertajuk DADAH (SYABU) bermula pada jam 8:00 pagi. Ceramah disampaikan oleh Encik Erwandi Bin Masran, Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Tawau. Ceramah beliau memfokuskan kepada kesan akibat penggunaan dadah syabu kepada fizikal, mental dan sosial penagih.

Ceramah yang menambahkan pengetahuan para pelajar...
Antara slaid yang dipaparkan semasa ceramah berlangsung...
Cenderakenangan disampaikan oleh Cikgu Nordayana Muhammad...

Ceramah kedua pula bertajuk JENAYAH JUVANA yang disampaikan oleh ASP Raidah Binti Abidin yang turut memegang tugas sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah untuk Kolej Vokasional Tawau. Ceramah ASP Raidah memfokuskan kepada isu-isu juvana yang terkini dan apakah hukuman yang bakal dihadapi sekiranya juvana melakukan perkara-perkara jenayah.

ASP Raidah Binti Abidin
Nah... Beginilah kamu kalau kamu bikin jenayah...
Inspektor Matthew turut hadir sama dalam sesi ceramah ini...
Cenderakenangan disampaikan oleh Cikgu Nurliza Zakaria...




Selepas selesai Ceramah Jenayah Juvana, program diteruskan dengan Ceramah Mengenali Peribadi Anda oleh Cikgu Nordayana. Program tamat lebih kurang jam 1.00 petang.