Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-18

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-18 ini berlangsung di Dewan Tun Ahmad Shah

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-18 telah berlangsung dalam keadaan yang cukup membanggakan pada hari ini, dengan kehadiran ibubapa/penjaga pelajar yang sangat memberangsangkan. Dianggarkan kehadiran adalah menghampiri 70% yang dikhabarkan telah mengatasi rekod kehadiran ibubapa/penjaga dalam mana-mana mesyuarat PIBG yang pernah dijalankan sebelum ini.

Kehadiran ibubapa/penjaga pada kali ini agak membanggakan...
Ada ibubapa yang datang berpasangan dan ada juga yang datang bersendirian...
Antara guru-guru yang turut sama menghadiri mesyuarat ini...

Mesyuarat yang dijadual untuk dirasmikan oleh YBhg Datuk Seri Panglima Hj. Abdul Ghafur Bin Hj. Salleh, Ahli Parlimen P. 191 Kalabakan tidak kesampaian apabila beliau mempunyai komitmen yang lebih penting di tempat lain. Walau bagaimanapun, YDP PIBG Kolej Vokasional Tawau, Encik Abdul Samat Bin Akui, merangkap Ahli Jawatankuasa UMNO P. 191 Kalabakan membacakan teks ucapan bagi pihak beliau dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kolej Vokasional Tawau Kali Ke-18.

Ketibaan YDP PIBG yang mewakili YBhg Datuk Seri Panglima Hj. Abdul Ghafur Bin Hj. Salleh disambut dengan bunga manggar dan paluan kompang...
YDP PIBG bersama Timbalan YDP PIBG, Encik Haris Laksmana Bin Bahrom...
Penyampaian cenderakenangan daripada Pengarah Kolej kepada perasmi

Yang istimewa dalam mesyuarat kali ini ialah Cabutan Bertuah yang dilakukan sebanyak 3 kali diantara slot program yang dirancangkan. Cabutan ini menawarkan 15 hadiah yang berupa barangan dapur dan elektrik. Tahniah kepada semua yang berjaya membawa pulang Hadiah Cabutan Bertuah.

Antara pemenang cabutan pusingan pertama...

Sebelum mesyuarat dimulakan, satu slot Taklimat Sarana Ibubapa yang bertajuk Sistem Pentaksiran Kolej telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Penilaian dan Pentaksiran, Cik Darawati Binti Pataruddin. Taklimat ini diadakan untuk memberikan idea dan penerangan tentang cara sistem pentaksiran dan penilaian dilakukan kepada hasil kerja dan pencapaian pelajar di Kolej Vokasional Tawau. Dan, antara masalah utama yang dihadapi ialah masalah kehadiran pelajar yang memerlukan campurtangan secara terus dari pihak ibubapa supaya masalah ini dapat diatasi sepenuhnya.

Taklimat Sistem Pentaksiran Kolej oleh Cik Darawati Binti Pataruddin...
Antara slaid yang ditayangkan kepada ibubapa/penjaga yang hadir...

Selepas itu, mesyuarat bermula dengan dipengerusikan oleh YDP PIBG.

Kesemua ahli jawatankuasa tertinggi PIBG duduk di bahagian hadapan semasa mesyuarat berlangsung...
Antara ibubapa yang memberikan cadangan penambahbaikan kepada cara risikan sekiranya berlaku kecurian...

Selepas mesyuarat selesai, sekali lagi lima cabutan bertuah dilakukan untuk lima hadiah terakhir. Hadiah utama adalah sebuah oven elektrik berkapasiti 10 liter.

Pemenang Hadiah Utama berupa Oven Elektrik...

Sebelum majlis bersurai, Penyerahan Transkrip & Lab dilakukan dalam Dewan Tun Ahmad Shah.

Penyerahan Transkrip Keputusan Semester 3 kepada pelajar HBK Tahun 2
Ibubapa/penjaga sabar menunggu giliran...
Penyerahan LAB kepada pelajar SKM Elektrik, Mohd Nursyam Bin Hanapiah yang mendapat tempat pertama dalam kelas...
Ucapan tahniah kepada Setiausaha Agung PIBG sesi 2013/15 yang telah menyelaraskan Mesyuarat Agung PIBG pada kali ke-18 ni...