Zon Sabah Juara Keseluruhan Karnival Voktek Peringkat Kebangsaan Kali ke XVII 2014

Gambar kenangan para pengarah kolej Zon Sabah dan guru-guru pengiring bersama piala kemenangan... | Foto: Whatsapp Encik Johan Okasa

Sekalung tahniah buat Kontinjen Zon Sabah dalam Karnival Voktek Peringkat Kebangsaan Kali ke XVII Tahun 2014 kerana telah merangkul Juara Keseluruhan buat julung kalinya sejak pertandingan ini diperkenalkan 17 tahun yang lalu.

Zon Sabah diwakili oleh Pasukan Bolasepak, Pasukan Bola Jaring dan Pasukan Ragbi dari KV Keningau, Pasukan Bola Tampar Perempuan dan Pasukan Sofbol dari KV Kudat, Pasukan Bola Tampar Lelaki dari KV Tawau dan Pasukan Takraw dari KV Beaufort dan KV Tawau.

PENCAPAIAN
Pasukan Bola Jaring - Johan
Pasukan Bolasepak - Johan
Pasukan Bola Tampar Lelaki - Johan
Pasukan Bola Tampar Perempuan - Naib Johan
Pasukan Sofbol - Tempat Ke-3
Pasukan Ragbi - Tempat Ke-4


Gambar kenangan: Pasukan Bola Tampar Lelaki bersama barisan Pengarah Kolej Vokasional Zon Sabah dan guru-guru pengiring... | Foto: Whatsapp Encik Johan Okasa

Dan semestinya, ucapan tahniah yang istimewa buat Pasukan Bola Tampar Lelaki KV Tawau yang berjaya mengharumkan nama KV Tawau di peringkat Kebangsaan. Tahniah kepada semua jurulatih dan pemain yang telah bertungkus lumus untuk menjulang kemenangan ini. Ini secara tidak langsung telah meletakkan suatu piawai baru buat pasukan Bola Tampar Lelaki KV Tawau apabila turun ke mana-mana gelanggang perlawanan dan pastinya, pasukan baru yang bakal dibentuk perlu dimantapkan untuk menggalas cabaran ini.


----------------------------------------------------------------------

Maklumat Karnival Voktek Peringkat Kebangsaan Kali ke XVII Tahun 2014:

Lokasi :
Bola Sepak - SMT Tuanku Jaafar
Bola Jaring, Bola Tampar - Centre Court
Sepak Takraw - Teluk Kemang, Port Dickson
Sofbol - Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Rembau
Ragbi - Kolej Vokasional Ampangan

Penutupan Rasmi:
Stadium Star, Paroi
7hb Jun 2014
Jam 8.00 malam


Sumber maklumat:
http://www.bptv.edu.my/v4/index.php/bahagian/220-karnival-voktek-peringkat-kebangsaan-kali-ke-xvii-2014