Sambutan Hari Guru Peringkat Kolej Vokasional Tawau 2014

Backdrop Sambutan Hari Guru Kolej Vokasional Tawau yang diilhamkan oleh pelajar...

Hari Guru Peringkat Kolej Vokasional Tawau 2014 disambut dengan meriah di Dewan Tun Ahmad Shah pada hari ini, 29 Mei 2014. Buat pertama kalinya, majlis seumpama ini diberikan tema warna iaitu warna HIJAU dan guru-guru dikehendaki mengenakan pakaian berdasarkan kepada tema ini.
 
Tema Hijau... Ehem.. Cikgu Nurcahaya Ghani macam purple pula ni....

Majlis Sambutan Hari Guru kali ini adalah dibawah Penyelaras, Cikgu Norhayati Mohamed bersama badan pengawas. Walau bagaimanapun, acara sukaneka yang biasanya dijalankan sebelum acara persembahan dan penyampaian hadiah tidak dimasukkan ke dalam aturcara pada tahun ini.

Antara acara sukaneka pada tahun 2013...

Acara mengutip kacang merah dan kacang hijau dalam tepung menggunakan penyepit...

Acara rekaan fesyen menggunakan surat khabar...

Seperti majlis rasmi yang lain, majlis yang bermula pada jam 7:30 pagi ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanahairku dan Lagu KV Tawau Cemerlang. Dan, selepas bacaan doa, guru dan pelajar disajikan dengan persembahan silat dari Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi Kolej Vokasional Tawau dan deklamasi sajak Guru Oh Guru (SN Usman Awang) oleh pelajar.

Persembahan Silat dari Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi

Persembahan Deklamasi Sajak Guru Oh Guru....

Selepas itu, wakil pelajar menyampaikan ucapan alu-aluan dan diteruskan dengan bacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Bin Mansor.

Ucapan alu-aluan daripada wakil pelajar...
Bacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Bin Mansor 
Ucapan Perasmian daripada Pengarah

Selepas ucapan perasmian daripada Pengarah KV Tawau, majlis diteruskan dengan persembahan daripada pelajar yang merupakan gabungan persembahan sketsa dan nyanyian.

Doorgift Hari Guru 2014...
Persembahan sketsa
Persembahan nyanyian...
Lagi persembahan nyanyian...
Selepas persembahan, majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2013.

Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2013 oleh pengarah yang diumumkan oleh TPSA, Cikgu Ahmad Fakhrurazi Hj Hamzah
Tahniah kepada semua guru yang dianugerahkan dengan APC pada tahun 2013.. | Foto Facebook Bob
Selain APC, Anugerah Hari Guru turut disampaikan dalam majlis ini. Anugerah Hari Guru adalah anugerah yang diberikan oleh pelajar kepada guru-guru melalui undian oleh para pelajar. Terdapat 5 anugerah yang diberikan pada tahun ini iaitu Anugerah Guru Paling Dedikasi (dimenangi oleh Cikgu Mazlin Binti Abdul Basha), Anugerah Guru Paling Popular (Dimenangi oleh Cikgu Kholik Maming), Anugerah Guru Paling Kreatif dan Inovatif (Dimenangi oleh Cikgu Muslihadir Mase), Anugerah Gur Paling Happening (Dimenangi oleh Cikgu Idham Hussin) dan Tokoh Guru (Dimenangi oleh Cikgu Buareng Rahima). 

Cikgu Idham Hussin menerima Anugerah Guru Paling Happening 2014...
Gambar kenangan para penerima APC dan Anugerah Hari Guru bersama pentadbir...

Majlis Sambutan Hari Guru dalam Dewan Tun Ahmad Shah diakhiri dengan pemotongan kek dan nyanyian Lagu Hari Guru Malaysia (Download atau dengar Lagu Tema Hari Guru di http://www.moe.gov.my/v/lagu-tema-hari-guru).

Acara pemotongan kek oleh barisan pentadbir...
Jamuan makan tengahari di kantin kolej...
Sabar ya cikgu-cikgu.... Banyak makanan ni...
Barisan ajk bakar membakar....
Nah kann... Kenyang perut, Senang hati... Selamat Hari guru....