Majlis Di Ambang Aidilfitri

Salam Bersalaman tanda bermaaf-maafan menjelang tibanya Bulan Ramadhan Al-Mubarak...

Majlis yang mengambil tempat di Dewan Tun Ahmad Shah, Kolej Vokasional Tawau ini bermula pada jam 9.10 pagi, selepas ketibaan tetamu kehormat iaitu YDP PIBG, Encik Abdul Samat Bin Akui. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan Yassin untuk MH370, MH17 dan GAZA.

Lebih kurang jam 10.10 pagi, majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah Kolej Vokasional Tawau dan diteruskan dengan ucapan perasmian daripada YDP PIBG. KKRT turut mengambil peluang untuk menyampaikan hadiah untuk pengantin baru, guru yang menimang cahayamata dan guru yang berpindah.

Ucapan perasmian daripada YDP PIBG, Encik Abdul Samat Bin Akui...
Tahniah kepada Cikgu Rosley yang telah melangsungkan perkahwinan pada 31 Mei yang lepas...
Hadiah kenangan daripada KKRT kepada Cikgu Muhammad Aznan yang akan berpindah ke Klej Vokasional Langkawi...
Tahniah juga kepada Ustazah Siti Noor Azizah yang mengikuti suami berpindah ke kolej vokasional yang sama...

Majlis diteruskan dengan penyerahan Cek Zakat berjumlah RM10,000.00 yang merupakan Bantuan Zakat Untuk Pelajar-pelajar Fakir/Miskin dari Pusat Zakat Sabah (MUIS) yang disempurnakan oleh TPSA, Encik Ahmad Fakhrurazi kepada Pengarah Kolej Vokasional Tawau, Encik Johan.

Replika cek ini diterima lebih kurang sebulan yang lalu...

Selepas itu, seramai 48 orang anak yatim dan pelajar miskin diceriakan dengan SUMBANGAN DUIT RAYA daripada PIBG, KKRT dan individu. Jabatan Penilaian dan Pentaksiran KV Tawau turut mengambil peluang untuk menyampaikan sumbangan DUIT RAYA kepada anak yatim dan pelajar miskin di asrama Kolej Vokasional Tawau. 

Gembira nampaknya Syed Rasdi Bin Omar (Kursus Teknologi Kimpalan Tahun 2) | Antara penerima sumbangan DUIT RAYA pada tahun ini...
Cikgu Nordayana dan Cikgu Anif bertugas di Kaunter Penukaran Sampul....
Cari nama masing-masing... Lepas tu tandatangan...
Majlis diakhiri dengan slot SALAM BERSALAM yang diatur oleh Cikgu Idham Bin Husin.

Barisan guru dalam Slot Salam Bersalam dimulai oleh Pengarah dan YDP PIBG...
Suasana semasa Slot Salam Bersalam...
Minta maaf cikgu... Kira kosong-kosong la ya...
Sementara menunggu giliran...
Ada orang ambil gambar ni cikgu... Huhu...
Guru-guru juga tidak melepaskan peluang untuk bermaaf-maafan antara satu dengan lain...

Selamat Hari Raya Aidilfitri.... Jumpa lagi selepas cuti....