Perpindahan Khas Bulan Julai

Gambar kenangan | Majlis Oscar Night 2011 di Hotel Promenade Tawau pada 09/11/2011

Selamat berpindah diucapkan kepada Pemenang Anugerah Pasangan Anggun Oscar Night 2011, Cikgu Muhammad Aznan Bin Zakaria dan isteri, Ustazah Siti Noor Azizah Binti Mukthar yang akan bertugas di Kolej Vokasional Langkawi.
Sila klik logo KV Langkawi untuk melayari laman web Kolej Vokasional Langkawi

Cikgu Aznan telah diberikan peluang untuk menyampaikan ucapan perpisahan dalam Majlis Perhimpunan Sekolah pada 21/07/2014 (kelmarin). Mengenang kembali saat baru sampai ke Kolej Vokasional Tawau (masa itu masih SM Teknik Tawau pada 3 Januari 2008), beliau merasa sangat bertuah untuk berkhidmat dalam satu organisasi yang cukup membanggakan. Pengalaman selama lebih kurang 6 tahun 7 bulan di kolej ini telah menjadikan hidupnya lebih bermakna. Ucapannya turut merangkumi nasihat kepada para pelajar, penghargaan kepada guru dan sekolah. 

Semasa memberikan ucapan perpisahan dalam Majlis Perhimpunan Sekolah...

Selamat bertugas di tempat baru kepada pasangan ini...

Kepada yang berminat untuk sama-sama meraikan Cikgu Muhammad Aznan, satu Majlis Perpisahan akan diadakan di Restoran Sri Pantai pada jam 6.30 petang (sekali berbuka puasa). Sila hubungi kawan kita di talian 0197779314 untuk maklumat lanjut. Seorang RM25.

UPDATE:
Gambar kenangan semasa Majlis Meraikan Perpindahan Cikgu Muhammad Aznan dan isteri di Restoran Sri Pantai.



Oleh kerana, Cikgu Aznan menjual pantun dalam ucapannya semasa majlis ini berlangsung, Blog KV Tawau juga mau balas pantun...


BUNGA KEMBOJA PUTIH BERSERI,
PUTIHNYA MELUR DIUJUNG DAHAN,
ATAS KERJASAMA DAN BANTUAN YANG DIBERI,
PUJI SYUKUR DAN TERIMAKASIH KAMI UCAPKAN.

HATI GEMBIRA BERSAMA TEMAN,
BERSUKA RIA DI BAWAH JAMBATAN,
JIKALAU KITA DIIZINKAN TUHAN,
PASTI BERTEMU DIHARI KEMUDIAN.