Program WE CARE SKM 2014

Muhammad Zulfikri Bin Bacho mengetuai bacaan ikrar AKU JANJI bersama pelajar SKM yang lain...

Program ini telah berlangsung pada 14 Julai 2014, dimana semua ibubapa pelajar SKM dipanggil untuk datang ke Kolej Vokasional Tawau bagi membantu pihak kolej mengawasi perjalanan pembelajaran pelajar semasa di rumah dan membuat sumbangsaran bagi mengatasi masalah akademik dan kehadiran pelajar menjelang peperiksaan SPM 2014.

Cikgu Mohd Fadzillah Hussin, Ketua Jabatan Teknologi Kejuruteraan Awam selaku Penyelaras SKM memberikan ucapan dan gambaran ringkas sebelum membentangkan program yang telah disusun untuk para pelajar SKM menjelang SPM 2014

Beberapa program telah disusun untuk membantu para pelajar ini sehingga SPM nanti:

Program Kelas Tambahan (16 Jun hingga 28 Oktober)
Program Lawatan Sambil Belajar (14 hingga 19 September)
Program Seminar Teknik Menjawab Soalan SPM (22 hingga 26 September)
Program ICU Bahasa Melayu (Oktober)
Program Motivasi (1 & 2 Oktober)
Program Solat Hajat (30 Oktober)
Program Pecutan Terakhir (1 & 2 November)

Bacaan ikrar AKU JANJI dihadapan guru dan ibubapa...
Menandatangani borang AKU JANJI dihadapan ibubapa masing-masing...
Antara ibu pelajar yang mengambil transkrip keputusan peperiksaan akhir Semester 1 dari Cikgu Wellmaxly, setelah berakhir sesi menandatangai borang AKU JANJI..

Semoga objektif program ini akan tercapai dengan kerjasama yang padu daripada ibubapa.