Taklimat Pakej Medical Card MAKSAK

Taklimat ini berlangsung di Bilik BMG1 selepas sesi Taklimat Pengurusan Guru pada 18/07/2014 yang dipengerusikan oleh TPSA, Encik Azman Bin Mansor

Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Abdul Rahman Lo @ Lo Khi Nyen (0178901736), salah seorang guru yang bertugas di SMK Tawau.

Pakej Medical Card MAKSAK
Individu min. RM35 sebulan
Sekeluarga min. RM85 sebulan



Program "MAKSAK MEDICAL CARD" adalah skim yang unik dan direka khas untuk Kakitangan Kerajaan. Sebagai makluman, MAKSAK atau Majlis Kebajikan & Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia adalah badan yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Program ini memberi perlindungan 24 jam dan komprehensif yang meliputi kemudahan hospital, perubatan dan pembedahan di hospital sama ada hospital kerajaan atau hospital swasta. Program ini juga menyediakan perkhidmatan bantuan kecemasan perubatan dan kenderaan selain dari pemeriksaan fizikal tahunan. 



Secara ringkasnya, pakej ini membolehkan penjawat awam dan keluarga mendapatkan rawatan eksklusif di hospital pakar/specialist swasta di seluruh negara tanpa mengeluarkan perbelanjaan kos rawatan yang tinggi.


Faedah Perubatan ini meliputi pembayaran bil-bil rawatan perubatan seperti berikut :-
(a) Bayaran Bilik Hospital (Room & Board)
(b) Pembayaran rawatan rapi (Intensive Care Unit)
(c) Pembayaran Pembedahan (Operation)
(d) Pembayaran ubat, ambulan, bilik pembedahan dan perkhidmatan
(e) Pembayaran kecemasan semasa kemalangan
(f) Pembayaran faedah kematian atas sebab-sebab kemalangan (Accidental Death Benefit), Elaun Bersalin, Khairat Kematian (Funeral Expenses)

Faedah-faedah perubatan yang diperolehi bagi setiap kemasukan (per disability) menurut skim ini adalah seperti berikut :-

(a) PERBELANJAAN BILIK HOSPITAL (Room & Board)
Bilik Penginapan berjumlah RM100.00 sehari sehingga 120 hari

(b) UNIT RAWATAN RAPI (Intensive Care Unit)
Berjumlah RM200.00 sehari sehingga 30 hari

(c) PERBELANJAAN RAWATAN & UBAT-UBATAN (Medical Services and Supplies)
Perbelanjaan keseluruhan 3(a+b)+3(c) tertakluk kepada jumlah maksima berjumlah

 (i) Ahli - RM25,000.00 bagi setiap kemasukan (per disability)
 (ii) Suami/Isteri - RM15,000.00 bagi setiap kemasukan (per disability)
 (iii) Anak-Anak - RM10,000.00 bagi setiap kemasukan (per disability) setiap seorang anak dan setiap satu penyakit (untuk semua anak yang berumur 1 - 23 tahun sahaja [18-23 tahun yang belum berkahwin dan masih belajar])

(d) ELAUN TUNAI HARIAN (Daily Cash Allowance)
Bagi kemasukan ke hospital kerajaan elaun tunai harian (Daily Cash Allowance) akan dibayar sebanyak RM50.00 setiap hari sehingga 50 hari setahun untuk setiap peserta.

(e) FAEDAH/PAMPASAN KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN (Accidental Death Benefit)
Faedah kematian akibat kemalangan sebanyak RM5,000.00 untuk setiap peserta.

(f) ELAUN BERSALIN (Maternity Allowance)
Elaun Bersalin sebanyak RM500.00 setelah setahun menjadi ahli Program "MAKSAK Medic Care". Maksima lima kali bersalin (untuk Kakitangan Wanita sahaja) .

(g) KHAIRAT KEMATIAN (Funeral Expenses)
Khairat Kematian sebanyak RM1,000.00 untuk setiap peserta.


Bantuan Kecemasan Perubatan juga disediakan bagi ahli-ahli:-
TALIAN KHIDMAT PELANGGAN (Customer Service):
En.Azhar       :     016-2073 757
En Ridzuan    :     016-2073 285
TALIAN HOTLINE (24 JAM): 03-7885 0733 / Faks No: 03-7885 0718



ALAMAT SYARIKAT:

Mediscreen Sdn Bhd (Company No. 274868-W) 
Wisma MediscreenNo 71-G, 
Jalan PJU 1A/41B
Pusat Dagangan NZX
Ara Jaya PJU 1A
47301 Petaling Jaya
Selangor. 

  • Ada Saving/Dividen/Dana persaraan
  • Nikmati Bonus - Dijamin setiap 3 tahun
  • Panel lebih 50 di seluruh negara (Di Sabah - Hospital Pakar Damai, Kota Kinabalu - KPJ Healthcare Berhad)

Untuk maklumat lanjut, sila klik: http://www.mscreen.com.my