JKKP KV Tawau Layak Bertanding Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2014

Pegawai pra audit untuk Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2014 tiba lebih kurang jam 10.00 pagi...

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kolej Vokasional Tawau layak bertanding untuk Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2014 dalam Kategori Anugerah Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Tempatan.

PROSEDUR BIASA | Para pelawat sentiasa diminta untuk menulis nama dalam Buku Pelawat Sekolah...
Penyelaras JKKP KV Tawau, Cikgu Abdul Malik Bin Yusof mengesahkan kelayakan ini selepas pra-audit kelayakan yang dilakukan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Negeri Sabah, Ir Hasmain Bin Baniamin.

TPA, Encik Azman Mansor sempat meninjau perkembangan pra audit sebelum bergerak ke lokasi lain untuk urusan rasmi...
Pra-audit berlangsung di Bilik BMG 2...

Audit sebenar akan dilakukan dalam bulan September nanti. Semoga JKKP KV Tawau akan beroleh keputusan yang baik dalam penyertaan sulung ini semenjak ditubuhkan pada tahun 2008.

MAKLUMAN:
Majlis Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2014 dianjurkan oleh Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dibawah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia. Majlis anugerah ini diadakan setiap tahun bertujuan bagi memberi pengiktirafan kepada organisasi dan individu yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi serta prestasi cemerlang didalam perlaksanaan sistem pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ditempat kerja mereka.

Pengiktirafan ini juga merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menjadikan tempat kerja di Malaysia selamat dan sihat serta bagi menjadikan amalan kerja yang selamat dan sihat sebagai sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia. (Sumber: http://www.dosh.gov.my/)



Baca seterusnya »

Seminar Integriti Warga Pendidik (SIWP) 2014

Encik Sablee Bin Bagol, penceramah jemputan dari SMK Padang Berampah Sipitang, Sabah
Seminar bermula pada jam 8.00 pagi selepas proses pendaftaran para peserta di hadapan Dewan Tun Ahmad Shah. Majlis ini melibatkan semua guru di tiga buah sekolah iaitu Kolej Vokasional Tawau, SMK Abaka Tawau dan SK Muhibbahraya Tawau. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Kamarul dan bacaan Ikrar Integriti Malaysia oleh Cikgu Kholik Abdul Maming.

Suasana di meja pendaftaran peserta seminar...
Antara petugas di meja pendaftaran...
Seminar ini terbahagi kepada 2 ceramah iaitu:
Ceramah 1: Ceramah Penataran Maklumat Dan Pengurusan Perubahan ((PMPP), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
Ceramah 2: Pelan Integriti Nasional (PIN) dan Pembudayaan Integriti Dalam Pendidikan



GAMBAR KENANGAN | Barisan pentadbir bersama penceramah...
Penceramah masuk ke dalam Dewan Tun Ahmad Shah diiringi oleh Pengarah Kolej Vokasional Tawau, Encik Johan Bin Haji Okasa...
Ceramah pertama disampaikan oleh wakil PPD Tawau, Encik Abdul Malik Bin Haji Abdul Rahim manakala Ceramah ke-2 disampaikan oleh Encik Sablee Bin Bagol, Pengetua SMK Padang Berampah, Sipitang.

Sesi ceramah yang pertama....
Encik Abdul Malik Bin Haji Abdul Rahim, wakil PPD Tawau...
Skrin tambahan bagi memudahkan penceramah melihat slaid persembahan dengan lebih jelas...
Antara tenaga pengajar Kolej Vokasional Tawau yang sempat diambil gambar...
Sesi ceramah ke-2 oleh Encik Sablee...
Objektif seminar ini adalah supaya warga pendidik memahami apa yang dimaksudkan dengan INTEGRITI, mengamalkannya dan menyebarkan kepada masyarakat terutamanya para pelajar. Dalam memenuhi kehendak seminar iaitu disampaikan dalam masa 3 jam,Encik Sablee cuba menyampaikan ceramah dengan bersahaja dengan disulami dengan beberapa lawak jenaka. Tapi, yang paling akan diingati leh semua orang pastinya, tiga peraturan kalau datang ceramah. Yang pertama, WAJIB HADIR, Yang ke-2, Dengar atau tidak, tidak mengapa, Yang ke-3, Mesti tahu. 


Oleh kerana yang dengar ceramah mesti tahu, INTEGRITI secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari. Sesi ceramah berakhir kira-kira jam 12.30 petang.

Semua warga dewan berdiri untuk menyanyikan Lagu Tema JPN Sabah...

Seminar ini diakhiri dengan nyanyian Lagu Tema JPN Sabah "1 Agenda, 1 Impian:
Tajuk Lagu Asal : "Anak Kecil Main Api"
Lagu Ciptaan Oleh : Tan Sri Dr. Nordin Kardi
Lirik Lagu "1 Agenda 1 Impian Oleh: Datuk Jame Alip (Pengarah Pendidikan Negeri Sabah)
Lagu Dinyanyikan Oleh : Encik Asmin Mudin


DOWNLOAD | MP3 | LIRIK


Bacaan lain tentang INTEGRITI:  
http://integritiguide.blogspot.com/p/pengertian.html
http://web.moe.gov.my/bppk/pdf/penerbitan/PELAN%20INTEGRITI%20NASIONAL.pdf




Baca seterusnya »

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kolej Vokasional Tawau 2014

BAHAGIA | Sudah kenyang atau belum.....
Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kolej Vokasional Tawau berlangsung dengan meriah di Dewan Tun Ahmad Shah. Majlis ini berjalan lancar dengan kehadiran 100% para pensyarah dan AKP yang telah diberikan ruang dengan sedikit pengubahsuaian terhadap jadual waktu sebelah petang.

Kek coklat khas untuk Sambutan Hari Raya kali ini...
Majlis anjuran MPP dengan kerjasama KKRT menggunakan tema yang sama dengan pihak ASTRO iaitu #Kosong-Kosong. Iyalah... Maksudnya mula dari awal la kann... Apapun pilihan tema pihak penganjur, ternyata hidangan yang disediakan di 4 penjuru Dewan Tun Ahmad Shah berjaya memenuhi selera para tetamu yang datang. Menu makanan telah disediakan oleh setiap jabatan mengikut ketetapan yang telah ditentukan sebelum ini.

Menu makanan yang disediakan mengikut jabatan...
Unit Sains dan Matematik sempat merakamkan kenangan dalam majlis ini...
THUMBS UP | Belum cukup, tambah lagii...
Selain sambutan Hari Raya, majlis ini turut sama meraikan pejalanan Haji AKP, Hajah Kasiam Binti Kasto yang akan menunaikan haji pada bulan September nanti.

TURUT DIRAIKAN | Hajah Kasiam Binti Kasto (Ke-3 dari kiri) bersama Cikgu Nurhidayah dan Cikgu Nurliza
Tetamu Khas, Encik Daniel merupakan guru tutor untuk Program OH MY ENGLISH (Asrama) versi KV Tawau
Slot Ucapan Hari Raya yang dikendalikan oleh Cikgu Idham Hussin...
TUNGGU GILIRAN | Encik Yahaya dan Ustaz Jamree setia menanti Cikgu Idham yang masih berlegar-legar di bahagian hadapan...
Abdul Malik dari Kursus SKM Elektrik tidak melepaskan peluang untuk memberikan ucapan Hari Raya dalam majlis ini...
Bakal guru, Cik Nur Azurine turut berkesempatan untuk memberikan ucapan Hari Raya...
YDP PIBG memberikan ucapan Hari Raya namun sedikit kecewa kerana tidak berpeluang untuk menyanyi...
Ucapan tahniah kepada penganjur yang telah melaksanakan tugas dengan baik sepanjang majlis berlangsung.

Ahli jawatankuasa penganjur (MPP) bersama Ustaz Mohd Kamarul dan Cikgu Norhayati Mohamed...


Gambar lain dalam majlis ini boleh di akses di: https://www.facebook.com/carlos.george.779/media_set?set=a.856791907664225.1073741884.100000002726077&type=1&ref=notif&notif_t=like






Baca seterusnya »

Program Jalan Ria 10,000 Langkah 1 Murid 1 Sukan 2014

Bacaan doa sebelum program berjalan kaki bermula.... Barisan didahului oleh para pentadbir kolej dan para pemegang bendera...

Program Jalan Ria 10,000 langkah 1 Murid 1 Sukan Peingkat Kolej Vokasional Tawau ini telah berlangsung pada 20 Ogos 2014 bermula jam 7.15 pagi menggantikan Slot Perjumpaan Sukan dan Permainan pada hari berkenaan. Selepas guru dan pelajar mengambil tempat masing-masing di padang, program ini dirasmikan dengan ucapan perasmian yang ringkas daripada Pengarah Kolej Vokasional Tawau. Lebih kurang jam 7:45 pagi, acara senamrobik bermula. Acara senamrobik ini mengambil masa lebih kurang setengah jam.

Terima kasih kepada barisan pelajar yang mengetuai slot senamrobik ini...
SERONOK | Para pensyarah kelihatan bersemangat melakukan senamrobik ini...
Hah... Tengok ni...
Yang ini apa? Otromen??
YANG PALING BERSEMANGAT | Paling manang urang bilang....

Selepas itu, semua guru dan pelajar berkumpul dihadapan Pintu Gerbang Utama Kolej Vokasional Tawau untuk memulakan larian. Sebelum larian bermula, bacaan doa disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Kamarul.

Barisan hadapan baru melintasi Dewan Tun Ahmad Shah...

Program Jalan Ria mengelilingi kawasan dalam kolej ini bermula dari Pintu Gerbang Utama Kolej Vokasional Tawau ke Dewan Tun Ahmad Shah kemudian ke kawasan Kediaman Guru dan kembali semula ke Pintu Gerbang Utama dan berakhir di Dewan Tun Ahmad Shah. Untuk makluman, keluasan kolej adalah 23.8 ekar.

Jarak perjalanan Program Jalan Ria 10,000 langkah Kolej Vokasional Tawau 2014....

Selepas tamat perjalanan 10,000 langkah, semua pelajar diberikan air mineral untuk menggantikan air yang telah terhidrat. Program tamat lebih kurang jam 9.15 pagi.

Cikgu Lim Lay Yong mengendalikan proses mengambil kehadiran pelajar mengikut kelas masing-masing...
Macam masih boleh sambung 3 pusingan lagi ni...
Paling awal sampai?



Baca seterusnya »

Tahniah Kepada Para Penerima APC 2013

TAHNIAH | Barisan belakang dari kiri: Cikgu Jumadi B. Mading, Cikgu Adibah Bt Aspah, Cikgu Hartini Bt Mokhsin, Cikgu Arnayati Bt Lanungka, Cikgu Adzlina Bt Mohd Amin, Cikgu Anif Bt Hamzah, Encik Abdul Kahar B Abdul Rahim. Barisan depan dari kiri: Cikgu Fadzillah B Hussin, Puan Hajah Karteni Bt Haji Osman (Timb. Pengarah Pengoperasian Sekolah), Tn Haji Tajuddin Bin Jab (Pengarah BPTV), Encik Johan B. Okasa, Cikgu Juridah Bt Dalle. Tiada dalam gambar Cikgu Shamsul Nizam Shamsuddin, Cikgu Christine Tee Siew Sia, Cikgu Norhayati Bt Mohamed, Cikgu Sabir Bin Lansah dan Pn Erni Bt Selliming | Foto dari WhatsApp Encik Johan Okasa.
Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 ini telah berlangsung pada 19 Ogos 2014 di Dewan Wisma Wanita, Jalan Tuaram KM3.5, Kota Kinabalu. Tahniah kepada semua penerima anugerah....




Baca seterusnya »

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2014

BERSEMANGAT | Kibaran Jalur Gemilang barisan pentadbir bersama pelajar semasa menyanyikan Lagu Jalur Gemilang...
Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Kolej Vokasional Tawau 2014 berlangsung meriah kelmarin, selepas Majlis Perhimpunan Mingguan Sekolah. Majlis anjuran Unit Kemanusiaan di bawah Jabatan Umum ini akan berlarutan selama lebih kurang 3 minggu dengan menampilkan beberapa pertandingan tahunan seperti Pertandingan Kelas Paling Ceria (Tema Kemerdekaan), Kuiz Kemerdekaan, Teka Silang Kata dan Pertandingan Menyanyi Lagu Patriotik.


Majlis Pelancaran dimulakan dengan ucapan perasmian daripada wakil pentadbir, Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Encik Azman Hj. Mansor yang turut menyempurnakan gimik perasmian. Selepas itu, acara perarakan masuk bendera negeri-negeri dalam Malaysia dijalankan dan diikuti dengan penyerahan bendera Malaysia kepada TPA. 

Encik Azman menyempurnakan gimik perasmian Bulan Kemerdekaan
"Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia"
Pearakan masuk Bendera Malaysia bersama bendera negeri-negeri...
Kemudian seluruh warga Dewan Tun Ahmad Shah sama-sama menyanyikan dua buah lagu iaitu Lagu Jalur Gemilang dan Lagu Tema Kemerdekaan yang baru, Lagu Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta yang diiringi dengan video klip rasmi yang disediakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia.


Kibar bendera cikgu-cikgu....
Guru pelatih UTHM turut sama meraikan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan kali ini...
Senyuman berseri-seri ya cikgu.... Nyanyi pun kena semangat....
SAYA SAYANG MALAYSIA.....

Majlis bersurai kira-kira jam 8.40 pagi.

DOWNLOAD | MP3 | LIRIK | DENGAR

TAHNIAH | Antara barisan jawatankuasa Bulan Kemerdekaan 2014

Download lagu tema kemerdekaan: http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/ms/galeri/lagu-kebangsaan-a-patriotik
Download lagu-lagu patriotik: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/191-lagu-lagu-patriotik.html 
Bacaan lain: http://www.astroawani.com/news/show/lagu-sudirman-jadi-inspirasi-tema-hari-kemerdekaan-ke-57-38323

Baca seterusnya »