JKKP KV Tawau Layak Bertanding Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2014

Pegawai pra audit untuk Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2014 tiba lebih kurang jam 10.00 pagi...

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kolej Vokasional Tawau layak bertanding untuk Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2014 dalam Kategori Anugerah Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Tempatan.

PROSEDUR BIASA | Para pelawat sentiasa diminta untuk menulis nama dalam Buku Pelawat Sekolah...
Penyelaras JKKP KV Tawau, Cikgu Abdul Malik Bin Yusof mengesahkan kelayakan ini selepas pra-audit kelayakan yang dilakukan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Negeri Sabah, Ir Hasmain Bin Baniamin.

TPA, Encik Azman Mansor sempat meninjau perkembangan pra audit sebelum bergerak ke lokasi lain untuk urusan rasmi...
Pra-audit berlangsung di Bilik BMG 2...

Audit sebenar akan dilakukan dalam bulan September nanti. Semoga JKKP KV Tawau akan beroleh keputusan yang baik dalam penyertaan sulung ini semenjak ditubuhkan pada tahun 2008.

MAKLUMAN:
Majlis Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2014 dianjurkan oleh Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dibawah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia. Majlis anugerah ini diadakan setiap tahun bertujuan bagi memberi pengiktirafan kepada organisasi dan individu yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi serta prestasi cemerlang didalam perlaksanaan sistem pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ditempat kerja mereka.

Pengiktirafan ini juga merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menjadikan tempat kerja di Malaysia selamat dan sihat serta bagi menjadikan amalan kerja yang selamat dan sihat sebagai sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia. (Sumber: http://www.dosh.gov.my/)