Borneo Eco Camp 2014: Sambutan Pandu Puteri Sabah (Borneo) ke-88 Tahun

Gambar kenangan sebelum berangkat ke Kota Kinabalu....
Seramai 5 orang pelajar Kolej Vokasional Tawau bersama guru pengiring, Cikgu Masneh Binti Sohide telah menyertai International Commissioners in The Asia Pacific Countries BORNEO ECO CAMP 2014 Celebrating 88 years of Girl Guiding in Sabah (Borneo). Perkhemahan yang berlangsung di Kampus Universiti Malaysia Sabah ini bermula pada 14 Ogos dan akan berakhir pada 17 Ogos 2014. Turut serta, seorang pelajar SMK Tawau.

Pelajar yang terlibat ialah:
Reni Nur Adiba Mappirer (Perakaunan)
Noor Suhadah Binti Dahlan (Seni Kulinari)
Nurmarlyyana Azwa Binti Lahamadi (Fesyen)
Aisyah Balqis Binti Ahmad Suriyanto (Binaan Bangunan)
Shafina Azrai Binti Abdullah (PAKK)

Sebagai makluman, penubuhan Girl Guide di Sabah (Borneo) bermula pada 2 April 1925 oleh Lady Marjorie Dalrymple, Assistant Commissioner for Aryshire di Sandakan (Rujuk sejarah di sini: http://www.sabah.org.my/sabahgirlguides/historymain.htm)

Maklumat lanjut mengenai perkhemahan ini boleh dilayari pada laman web berikut: http://www.panduputeri.org.my/